Murah-murah barangan dapur segar dekat Segi Fresh Market Subang! - eyzamiel

18.7.19

Murah-murah barangan dapur segar dekat Segi Fresh Market Subang!


Hai korang. Last weekend Eyza ke Subang untuk beli barang dapur. Ramai yang cakap jauh. Kalau ikutkan memang jauh dari rumah Eyza. Tapi, dah alang-alang kat sana apa kata kita singgah. 

Sebelum ni, Eyza beli barang dapur dekat Segi Fresh Market Balakong. Kali ni Eyza nak ubah angin pulak, kami beli barang dapur dekat Segi Fresh Subang.

Tak rugi Eyza singgah Segi Fresh Subang ni sebab banyak pilihan dan tempat nak pilih ikan pun selesa. Semua Ikan, udang, sotong, ayam, daging dan lain2 tersusun kemas je. Senang nak cari. Tanda harga pun semua ada.


Masuk je dalam tu, Eyza terus ke bahagian barangan basah macam ikan, daging, ayam, sayur, buah dan macam-macam la.


Teruja Eyza tengok harga barang-barang kat sini. Murah woi. Bayangkan mana nak dapat Siakap besar macam dekat kedai makan Thailand tu dengan harga RM 7.90 SEEKOR. Diulangi seekor tau bukan sekilo. Murah yakmat. Besar tu. Sekor tu pun dah lebih dari sekilo. Eyza ambik seekor je ikan siakap ni sebab banyak lagi lauk yang Eyza dok plan nak beli.


Ikan-ikan kat sini pun segar sangat. Petua orang tua, kalau nak tau ikan tu masih segar dan ok, ikan tu mesti banyak darah. Kalau pucat je, tu maknanya dah berhari-hari dah sampai dah kering darah dia. Tak berapa fresh la.


Bukan setakat ikan, Udang dengan sotong pun murah. Eyza ambik sotong besar-besar tu 6 ekor. Sekilo baru dalam RM 26.90. Udang saiz L pun sekilo RM 25.90. Udang Eyza borong banyak. Dalam sekilo lebih. Ni buat sambal tumis udang dengan petai best ni. Dah la udang besar-besar.


Eyza beli ayam 2 ekor. Seekor lebih kurang RM 12 macam tu. Ayam besar-besar jugak. Saja beli dua ekor sbb kat rumah ni lagi banyak makan ayam dari ikan. Sekejap je 2 ekor tu habis. Hihihi.


Kalau nak buat sup tulang ke, sup ekor ke kat sini ada banyak. Pilih je mana berkenan di hati. Macam tulang, kat sini sekilo cuma RM 14.90 tapi kalau pergi pasar sekilo cecah RM 22 tau. 


Kerang yang dah siap kopek pun ada kat sini. Mak Mertua Eyza suka ni. Hari tu bapak mertua datang pun dia pesan beli kerang. Masa tu tak tahu yang kat segi fresh ni ada kerang besar-besar. Next time bawak bapak mertua datang shopping kat sini je la.



Daging dan ikan yang frozen pun ada. Pilih je nak yg fresh atau yang frozen. Macam Eyza lagi suka yang fresh. Tapi kkdg beli jugak yang fozen. Tengok ekor lembu frozen tu macam best je.


Kat rumah Eyza wajib ada stok ikan bilis. Tapi kali ni Eyza tak beli pun sebab ada banyak lagi kat rumah. Banyak jugak pilihan ikan bilis kat sini.



Eyza beli anggur sebab murah. Sekilo RM 9.90. Masa kat sana, tak rasa nak beli buah naga dengan laici.. tetiba balik rumahbrasa menyesal pulak tak beli sebab murah. Adoi la Eyza oi.



Eyza suka beli barang dapur kat Segi ni sebab semuanya fresh . Sayur pun hijau-hijau je. Takde la sayur dah layu dan kuning-kuning pun ada kat rak. 




Datang hari tu Eyza beli sayur brokoli. sebatang cuma RM 1.69 je. Selalu kalau beli, sebatang je dah dekat RM 3. Berbaloi sangat. Dah la hijau-hijau lagi.






Hubby pun sama naik pilih barang-barang kat sini. Senang sikit kerja. Takde la kita je nak fikir apa lagi nak beli.




Telur pun murah kat sini. Sepapan 30 biji tak sampai RM 10. Eyza beli telur ayam kampung sebab Sebelum ni kalau beli sepapan paling murah pun RM 12.90 tapi kat sini cuma RM 9.90. Rugi la kalau Eyza tak ambik kan.  Kat sini, kita pilih je telur mana kita nak, letak kat tempat sayur nanti diaorg wrap dengan plastik. Baru la telor tak bergoncang dalam kereta nanti. Kemas je.




Tak boleh lama-lama sangat dalam tu. Kang semua nak beli. Maklum la tengok ni murah, tengok tu murah kan. Lagipun Eyza berdua je dengan husband. Cukup la lauk pauk tu untuk stok 2,3 minggu sebab Eyza ni hari-hari masak. 

Gaji bulan depan pun dah plan nak beli barang dapur dekat Segi Fresh jugak. Banyak yang Eyza boleh jimat kat sini. 

Macam-macam Eyza beli kat Segi Fresh Market tu. Banyak ni sekali dengan telur ayam kampung tak sampai RM 100 pun. Puas hati sangat. Dah la ikan siakap tu besar. 


So, korang yang ada area Subang ke Shah Alam ke atau kawasan-kawasan berdekatan situ, boleh la beli barangan dapur kat Segi Fresh Mart Subang. Waze atau google maps je SEGI FRESH MART SUBANG, terus korang sampai depan kedai. Lagi satu yang best, tepi tu ada kedai ECO. 


Maklumat lanjut, korang boleh layari :




No comments:

Post a Comment