August 2019 - eyzamiel

27.8.19

Party Coklat dengan Butterfly Project di Belgische Chocolatier

Tuesday, August 27, 2019 4
Party Coklat dengan Butterfly Project di Belgische Chocolatier

Hai korang! Sape kat sini hantu coklat macam Eyza? Eyza ni kalau dengar je pasal coklat, teruja lain macam. Selalu kalau stress pun, Eyza akan makan coklat untuk tenangkan diri. Memang coklat ni terapi yang baik la untuk Eyza. Sentiasa serasi bersama gitu.

Ahad lepas, Eyza sempat join gang Butterfly Project berparty coklat dekat Belgische Chocolatier yang terletak di 163, Mont Kiara.

Sampai je kat kedai, Eyza dah teruja. Dengan bau wangi coklat tu buat Eyza terus jadi lapar. Haish la Eyza. Tak sabar kalau tengok coklat.


Masuk je dalam kedai, benda pertama yang Eyza nampak dah tentu la Chocolate Fountain yang tinggi ni.  Ada 3 jenis coklat iaitu Milk, Dark dan White. Coklat-coklat kat sini diimport dari Belgium tau.


Pastu, ada pulak buah-buahan segar yang dah disusun cantik. Buat Eyza tak sabar nak celup buah-buah tu dalam coklat. Sabar Eyza sabar. Hahaha.

Three Musketeers
Three shot glasses of milk chocolate, white chocolate and dark chocolate to satisfy any chocoholic’s cravings.

Serius Eyza cakap, tiga-tiga jenis coklat ni ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Siapa yang berani, boleh minum je coklat2 ni. Sally try la. Eyza tak berani sebab pekat.

Ada beberapa hidangan yang Eyza sempat cuba. Mana satu yang Eyza suka? Aci tak kalau Eyza cakap semua Eyza suka. Betul! Tak tipu. Semua best. 

Tapi.. kalau korang suruh jugak Eyza pilih satu yang terbaik, dah tentu la Eyza pilih Churros dia. Terbaik! Garing kat luar, lembut kat dalam. Sampai sekarang dok teringat.

Fettucini Crepe
 Strips of Fettucine served with velvety chocolate sauce and your choice of ice cream flavour.

French Fries Churros
Freshly made churros that’s similar to French fries, coated in a dash of sugar and cinnamon which is served with our signature milk chocolate sauce.

Belgium's Finest
Waffles coated with Belgian milk chocolate, white chocolate and dark chocolate. The rich texture of the chocolate combined with our own secret waffle recipe will blow you away.

Walnut Brownie
Walnuts add textural variety to this freshly made brownie served with ice cream. You’d be NUTS not to try it!

Triple Heart Doughnut
Three heart shaped doughnuts coated in milk chocolate, dark chocolate and white chocolate respectively that will win your heart immediately.

Chocolate Sushi Crepe
Strawberries, cream, rice krispies and chocolate sauce all wrapped in mini crepes. The combination will guarantee you a hot pleasurable sensation.

Volcanic Lava Cake
A moist chocolate cake which holds a delicious creamy filling that will drive chocolate lovers insane due to its rich texture and overpowering flavour.

Sizzling Brownie
A freshly made brownie served on a hot pan with ice cream sending a rush through your tastebuds. It’s paired with a milk chocolate sauce to smooth over your tongue.


Ni antara coklat yang Eyza makan kat sana. Semua ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Memang rugi la kalau korang tak try. Harga pun sangat berpatutan.


Untuk pelajar, ada diskaun 30% kalau korang tunjuk kad student korang. Untung sangat jadi student kan.


Lepas ni kalau ada Birthday Party atau perjumpaan dengan kawan-kawan, Eyza nak lepak sini je la. Dah la tempat cozy, makanan pun sedap. Happy Coklat uolls.


Alamat :
1F-16 Kiara, 163, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Website:

Facebook:

Instagram: 

Contact for booking:
+603-64125175


21.8.19

Tanggalkan solekan dengan EVERSOFT Micellar Cleansing Water

Wednesday, August 21, 2019 1
Tanggalkan solekan  dengan EVERSOFT Micellar Cleansing Water

Eyza ni memang jenis yang suka jugak pakai mekap. Tapi muka Eyza agak sensitif. Kalau dah pakai mekap dan cuci tak bersih, nanti mula la naik Cik Jerawat bagai. Sebab tu la Eyza kena pastikan muka Eyza dibersihkan dengan EVERSOFT Micellar Cleansing Water sebelum Eyza cuci dengan pencuci muka.


Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT Micellar Cleansing Water ni boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok.


Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembapkan dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas.


Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada Paraben, SLES/SLS, Propylene, glycol, phthalates, wangian, alkohol, minyak mineral dan pewarna , menjadikan  pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Terdapat 3 jenis variasi, rangkaian EVERSOFT Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit iaitu:

1. EVERSOFT AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER - KULIT NORMAL

2. EVERSOFT TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER - KULIT KERING

3. EVERSOFT GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER - KULIT BERMINYAK & BERJERAWAT


Eyza berpeluang untuk cuba EVERSOFT Tomato Micellar Cleansing Water.  Eyza suka sebab dapat tanggalkan mekap dengan bersih dan tak melekit.

Dah tu, ianya ada 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan dirumah, atau jika pergi bercuti.

Rangkaian EVERSOFT Micellar Cleansing Water boleh didapati dengan harga RM 25.90 (Semenanjung) / RM 27.20 (Sabah&Sarawak) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper dan farmasi seluruh negara.

*harga termasuk 6% SST

18.8.19

Pertama kali cuba Makanan Tempatan Vietnam di Phostreet

Sunday, August 18, 2019 0
Pertama kali cuba Makanan Tempatan Vietnam di Phostreet

Seumur hidup Eyza, tak pernah lagi Eyza jejakkan kaki ke Vietnam. Teringin jugak bila orang dok cerita shopping macam-macam kat sana. Tapi, blom sempat lagi nak jejak. Maybe one day kan.


Tapi takpe, walau tak pernah jejak ke Vietnam kita pergi makan makanan Vietnam dulu la. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Dekat Phostreet MyTown ada jual pelbagai jenis makanan Vietnam. Chefnya pun dibawa khas dari Vietnam. Kiranya rasa Authentic Vietnam gitu.

Eyza diberi peluang untuk cuba beberapa jenis makanan yang dijual dekat sini. Nasib la ada kawan-kawan pun jenis suka mencuba. Yeay ada gang. Ibu pun sporting gitu.


Yang kiri tu Vietnamese Coffee Cold dan yang kanan tu Passionfruit & Basil Mojito. Coffee Lover wajib order kopi Vietnam ni sebab sedap. Eyza yang x berapa suka minum kopi pun jadi suka. Kalau sesapa suka air yang masam2 sikit macam Eyza, kena order Passionfruit. Serasi bersama la gabungan semua bahan-bahan tu 


Menu pertama yang Eyza try ialah Crispy Spring Roll dan Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs. Ni kira Street Snacks la yang ada kat sini.

Crispy Spring Rolls rasa rangup dan dalam dia rasa macam otak-otak. Tapi bukan otak-otak tau. Macam je. Tapi serius sedap. Cicah pulak dengan sos cili. Memang x cukup satu.


Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs ni tawar je. Tapi, korang kena cicah dengan sos yang disediakan. Barulah ngam. Kalau makan gitu je memang rasa plain. Tapi portion dia besar. Eyza makan satu je dah kenyang. Dalam tu ada Udang, Suhun, Salad dan Herbs.

Vietnam Rolls ni ramai orang dok jual kat luar tu. Tapi yang ni unik sikit sbb ada sos khas dan ada rasa herbs. Tu yang buat lain dari yang dijual kat luar.

Untuk Main Course Eyza try 2 menu iaitu Pho Beef Combination dan Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice.


Pho Beef Combination ni portion dia besar. Eyza makan sorang jenuh nak habiskan. Dalam tu ada beberapa bahagian daging macam Beef Balls, Beef Slices, Beef Shank, Beef Tendons dan Beef Tripe.


Eyza suka rasa Pho Beef Combination ni sebab ada rasa manis daging tu dalam kuah. Sesuai untuk yang tak makan pedas. Kalau yang suka pedas, jangan risau sebab ada cili yang kita boleh masukkan dalam tu untuk bagi rasa lagi kick.


Untuk Main Course kedua iaitu Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice ni rasa ayam dia macam BBQ. Bau serai tu kuat dan buat ayam tu rasa manis. Rasa kombinasi daging ayam yang diperap dengan sos serai, Nasi beras wangi, kerabu betik dan sup tu serasi. Cuma bagi Eyza, menu ni tak pedas. So, sape yang tak suka makan pedas boleh try. Kalau nak pedas, maybe boleh minta cili potong.


Pencuci mulut pulak Eyza try Sweet Corn Dessert With Coconut Cream. Yang ni rasa lebih kurang macam bubur jagung. Eyza rasa dessert ni agak plain sebab cuma jagung dan santan. Tapi ada rasa manis dari gula dan jagung. Kalau ada aiskrim vanila atau kacang merah maybe lagi umph. Lagi satu, dessert ni lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.


Makanan kat sini Portion besar, tempat selesa dan pelayan pun mesra. Order pun cepat sampai. Overall Eyza puas hati. Lepas ni Eyza nak try menu lain pulak yang ada kat sini. 

Phostreet
Lot L3-043
MyTown Cheras


11.8.19

Dapat Baucer RM 50 dengan Promosi Half Pay Back dekat Lulu Hypermarket

Sunday, August 11, 2019 7
Dapat Baucer RM 50 dengan Promosi Half Pay Back dekat Lulu Hypermarket

Eyza ni jenis yang tak kisah nak shopping dekat mana-mana pun. Janji harga murah dan promosi pun berbaloi. Dah la sekarang ni semua barang mahal. So, Eyza kena la jadi bijak dalam berbelanja ni.

Sekarang ni, tempat shopping favourite Eyza dah tentu la dekat LuLu Hypermarket. Sebab apa Eyza suka shopping kat sana? Ha.. sebab kat sana ada banyak pilihan.

Hari tu saja la jalan-jalan dekat LuLu Hypermarket KL, naik la tingkat 1. Pusing-pusing dulu tengok apa yang berkenan.

Lagipun sekarang ni tengah ada promosi Half Pay Back. Half tau bukan sale 10% ke 20%. Half means 50%. Memang berbaloi sangat la.

Half Pay Back ni bila kita beli barang RM 100 kita akan dapat balik baucer bernilai RM 50. Best kan? Memang jimat banyak la.

Promo ni ada di bahagian Fesyen, Kasut, Bag Tangan Wanita, sari dan Churidar. Korang boleh tebus baucer ni dan guna untuk beli barang dalam kategori yang sama je.

Selain dari barang basah dan keperluan harian, Eyza paling gemar ke bahagian jual sari. Eyza suka tengok kain-kain sari ni. Warna dah la cantik-cantik.

Lagi satu, untuk Eyza yang berbadan besar ni sangat sesuai beli kain sari buat baju kurung sebab kain sari ni kan meter dia lebih panjang dari kain baju kurung biasa. Nasib baik la sari pun termasuk dalam promo Half Pay Back. Boleh la tempah untuk baju raya tahun depan. Untuk raya Haji ni dah tak sempat.



Dah banyak pilihan Eyza pun pening nak pilih warna apa. Semua nampak cantik pulak tu. Bahagian sari ni just ada kat LuLu Hypermarket Kuala Lumpur je tau. Dekat Shamelin tak ada. Jangan pulak nanti korang ke Shamelin. Nan hado.



Nasib la ada kawan-kawan sudi nak pakai. Baru la Eyza boleh buat pilihan sebab terletak kat badan kan. Dah la dua-dua warna ni favourite.




Kalau korang ada dinner bertemakan Bollywood, Eyza memang suggest korang datang sini sebab banyak pilihan yang ada. Lagpun, kat sini ada jual sari instant. Dah tak perlu nak susah-susah pin bagai. Sini dah siap jahit. Just pin dan lilit sikit dah siap. Mudah kan?

Kalau dah beli sari, tak lengkap la kalau tak pakai aksesori sekali. Korang dah tak perlu susah-susah nak cari kat Masjid India. Kat sini semua lengkap. Aksesori untuk kita pakai dengan baju kasual pun ada.





Tak ada bag nak pergi dinner? Jangan risau la. Kat sini ada jugak. Eyza ada berkenan dengan 2 bag ni. Dua-dua cantik pulak tu. Haish.. Saje je kan.


Bukan setakat bag dinner, handbag dengan purse pun ada.


Eyza pun tengok-tengok jugak baju untuk hubby. Dah alang-alang kan datang sini. Banyak jugak pilihan untuk lelaki. Dari kasual, baju pejabat hingga la ke baju santai semua ada.




Untuk diri sendiri, hari tu Eyza dah beli. Tapi kali ni ada koleksi baru lagi. Eyza tengok-tengok je la dulu. Mana tau nanti termimpi boleh la Eyza terbeli. Eh.. terbeli pulak. Hahaha.


Tengok jugak koleksi baju tidur kat sini. Not bad. Tapi segan nak letak gambar baju tidur seksi. Nanti kontroversi pulak.


Koleksi abaya pun ada. Eyza memang dah lama plan nak beli abaya. Tapi kali ni Eyza just tengok-tengok je dulu. Nampak menarik je. Nak pujuk hubby minta beli la.


Selain dari tu, promo Half Pay Back ni jugak kita boleh dapat kalau kita beli kasut dan barangan kanak-kanak.







Ok, Eyza dah rambang mata dan tershopping kat sini. Ni yang malas nak datang LuLu Hypermarket ni. Ada je benda nak beli.


Sekarang ni dok fikir macam nak beli bag merah ni pulak. Agak-agak Eyza patut beli ke tak?

Eyza tak nak la shopping sorang. Nak jugak korang dapat jimat macam Eyza. 

Promo Half Pay Back ni bermula pada 5 Ogos hingga 25 Ogos 2019.

Kalau nak tau maklumat lanjut boleh tengok dekat:

Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/

Instagram : https://instagram.com/luluhypermarketkl?igshid=z4sh17uv93l8