Dinner bertemakan Culture Glam di Vistana Hotel Kuala Lumpur - eyzamiel

13.10.19

Dinner bertemakan Culture Glam di Vistana Hotel Kuala Lumpur


Hai korang. Salam hujung minggu. Buat apa tu? Minggu ni Eyza just lepak santai kat rumah je. Penat dah. Nak rest je.

Minggu lepas Eyza sempat la join Dinner opis. Mula-mula macam malas nak join. Tapi kawan-kawan ramai pergi, terus jadi semangat nak pergi.


Bab baju pun satu hal jugak. Maklumlah saiz limited edition. Hihihi. Mula-mula Eyza plan nak pakai baju kebaya batik je. Tapi last minit teringat member yang kat opis lama. Terus wasap dia mintak pinjam sari. Nasib baik la dia ada sari instant dan lagi best saiz besar. Yeay. 






Dinner tu buat kat Hotel Vistana, Eyza pun bincang dengan hubby macam malas je nak balik. Hubby kata check in je la dan lagi best hubby teman sekali walaupun dia x join dinner tu. Alhamdulillah. Takde la penat nak drive balik lepas tu.

Dinner ni Eyza tak ambik MUA pun. Eyza gigih angkut barang mekap dan mekap sendiri. Ala, mekap simple-simple je. Kejap je siap. Sayang duit nak upah MUA. Hahaha.

Malam tu semua orang bukan main cantik lagi. Kawan-kawan Eyza ada yg jadi Puteri Mesir, Maharaja Cina, Puteri Jasmin, Arab dan macam-macam la. Semua sporting gitu.

King & Queen of the night

Tak sia-sia member eyza sewa baju. Dia dapat King of the night dengan baju Maharaja cina. Memang lain dari yang lain. Berbaloi sangat sebab dapat RM 200 tau.

Sebelum balik tu, kami bergambar dulu sampai lebam. Lepas tu Eyza balik bilik, buang mekap dan teman hubby makan kat kedai tepi hotel tu. Kesian hubby lapar. 






Apapun memang best sangat dinner ni. Harap tahun depan tema fantasy pulak. Baru la lain dari yg lain.

2 comments:

  1. ya ampun...gigihnya masing-masing ikut tema...nak kena jadikan inspirasi neh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Memang gigih semua. Semua tu sewa. I je pinjam.

      Delete