2020 - eyzamiel

5.7.20

Makanan Berkonsepkan Fusion di Restoran Sana Sini yang terletak di DPulze Shopping Centre Cyberjaya

Sunday, July 05, 2020 0
Makanan Berkonsepkan Fusion di Restoran Sana Sini yang terletak di DPulze Shopping Centre Cyberjaya
Assalammualaikum n hai. Lama Eyza tak buat Review makanan kan? Mesti ada yang nak tahu kat mana pulak Eyza makan-makan kali ni. 

Kali ni Eyza sempat ke D'PULZE SHOPPING CENTRE yang terletak di Cyberjaya. Dalam ni memang banyak pilihan makanan. Salah satu Restoran yang Eyza akan singgah tiap kali ke sini ialah Restoran Sana Sini. 

Apa yang buatkan Eyza tertarik nak masuk Restoran ni ialah first sebab deko dia. Org kata pandangan pertama kekadang akan buat kita jatuh cinta kan? Ha, macam tu la dengan Eyza. Pandangan pertama je terus rasa nak masuk. 

Dekat dinding ditampal dengan tampi padi yang jerami tu dan di cat warna putih. Ada satu ruang dinding diletakkan tingkap dan pintu kayu rumah lama dulu-dulu. Dekat kaunter diletakkan tin biskut timbang macam zaman kita kecik-kecik. Nostalgia sangat. 


Untuk keluarga yang bawa anak-anak jangan risau sebab dekat sini ada ruang permainan untuk anak-anak.Mesti diorang tak bosan. Dah penat main, bolehlah makan aiskrim dan popcorn yang diberi secara percuma. Wow, best kan? 



Bila buka je menu, Eyza agak terperanjat sebab ada banyak pilihan makanan yang berkonsepkan fusion kat sini sampaikan Eyza sendiri tak tahu nak makan apa. 

Antara Menu yang ada kat sini ialah:

 *Menu Sana Sini*
1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Papper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice

Salted Egg Yolk Squid Rice

Curry Laksa Noodle

Pineapple Seafood Fried Rice

Spagetthi Aglio Olio With Seafood

King Prawn Kway Teow With Ginger and Egg

Classic Chicken Carbonara

Nasi Ayam 7 adik beradik



Bukan saja pilihan makanan yang pelbagai. Pilihan air pun banyak. Dah la datang dalam gekas besar, puas hati sangat. Kenyang betul makan kat sini sebab portion besar dan harga sangat berpatutan.




Kalau korang memang merancang nak berjalan-jalan sekitar Cyberjaya, jangan lupa untuk singgah makan dekat Restoran Sana Sini ni. Kami-kami semua pun happy sebab makanan sedap dan kenyang sangat. Alhamdulillah. 


Restoran Sana Sini
*Alamat* : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.

25.5.20

13 Tahun Beraya Tanpa Zuriat

Monday, May 25, 2020 0
13 Tahun Beraya Tanpa Zuriat

Assalammualaikum.. Rasanya belum terlambat lagi kalau Eyza nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Sepatutnya tahun ni turn Eyza beraya di Sarawak. Tapi disebabkan Virus Covid 19, kami beraya dekat KL je la. InsyaAllah, bila semua ni berakhir kita balik kampung puas-puas. 

Tahun ni Eyza masih lagi beraya berdua dengan suami. Belum ada rezeki nak ada zuriat lagi tahun ni. Kita hanya mampu merancang kan? Hanya Allah yang menentukan. 


Bila tengok semua kawan-kawan up gambar bersama anak-anak, Eyza happy tapi dalam masa yang sama rasa sayu. Rindukan arwah anak-anak Eyza yang Eyza belum sempat jumpa. Belum sempat eyza nak rasa nikmat sebenar mengandung sehingga melahirkan. Allah lebih sayangkan mereka. 


Tapi, Eyza redha dan eyza tahu semua ni ada hikmahnya. Setiap apa yang Allah rancang untuk hambanya mesti ada sebab musababnya. Moga tahun depan, Eyza ada rezeki untuk menjadi ibu. Amin.. Kalau ada yang nak bagi anak angkat untuk Eyza pelihara, Eyza sangat2 berbesar hati. 

Dah la. Tak mau sedih2. Kita cerita bab raya pulak. Raya kali ni berbeza sebab semuanya Eyza kena masak sendiri. Selalunya kalau raya kat kampung ada mak dan adik beradik akan tolong. 


Menu raya Eyza simple je. Eyza masak Rendang Daging, Rendang Ayam kampung, Nasi Tomato dan Ayam Masak merah. Sate dengan ketupat palas tu beli je. Lemang pulak jiran bagi. Alhamdulillah. Walau sederhana kita tetap kena rayakan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa kan? 


Dikesempatan ini Eyza mohon maaf andai ada tulisan Eyza sebelum ni yang mengguris hati sesiapa.Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ye. 0-0 ye. 

3.5.20

Ramadan Tapau @ Vivatel Kuala Lumpur Selera Kampung

Sunday, May 03, 2020 1
Ramadan Tapau @ Vivatel Kuala Lumpur Selera Kampung
Ramadan kali ni memang berbeza sangat sebab kita semua masih dalam keadaan berjaga-jaga. Banyak Buffet Ramadan yang terpaksa cancel. Kalau tak, tiap-tiap kali Ramadan mesti Eyza kalut nak berbuka dekat Buffet Ramadan. Ada hikmahnya jugak semua yang jadi ni. Dapat kita semua berbuka dengan family. 

Tapi takpe, walau tak ada Buffet Ramadan kita tetap boleh makan makanan hotel. Best kan? Hotel Vivatel Kuala Lumpur membuat kelainan untuk Ramadan 2020 dengan mengajak kita semua menikmati makanan hotel mereka secara santai di rumah bersama keluarga. Mereka menawarkan Menu Ramadan Ta'pau dan pelanggan boleh 'self Pick-up' utk berbuka puasa. Kalau ada yang jauh tapi teringin nak rasa makanan dari Vivatel ni, boleh la arrangekan runner minta ambikkan. 


Eyza hari tu order Set Lamb Biryani Warisan (set ni ada ayam atau kambing), Udang Sambal Petai dan Ayam Percik. Setiap set ada Nasi Putih kecuali set briyani, jelatah timun, sambal belacan.


Semua pesanan melalui whatsapp dan guna kod VivatelTa'pau/eyzamiel akan dapat diskaun 10% dari harga asal. Ha.. jimat kan? Jangan lupa tau guna kod tu. 

Untuk tempahan boleh Whatsapp - ±60132288840 atau call +0392058888


Retro Cafe Ramadan Ta'pau selera Kampung bermula dari 27 April hingga 22 Mei 2020. Makanan disini dimasak oleh Retro Cafe Resident Chef, Chef Ashar Daud yang memang pakar dalam masakan Melayu. 



Harga Ramadan Ta'pau bermula dari RM 18nett ke RM 20nett untuk seorang. Kalau ada yang mengidam Ayam Percik, Daging Salai Lemak Cili Api, Pais Pari Bakar Air Asam, Udang Masak Petai, Sup Tulang Rawan Urat Keting atau Sup Berempah semua ada kat sini. Untuk penggemar Briyani pulak boleh cuba Briyani Kambing atau Ayam. Dan ada jugak Ayam Penyet dan Nasi Ulam Raja untuk memenuhi selera semua. 


Kalau nak beli Kombo Family pun ada tau. 1 kombo utk 5 pax. Ada 2 pilihan untuk kita pilih. 

Kombo Set 1 (RM 130nett)
- Red Sanpper Fish Head Curry (average size 2.3 kg) 
- Fried Tumeric white Cabbage
- Green Chili-onion soya sauce
- Steam Fragrant Rice
- Papadam

Kombo Set 2 (RM 220nett)
- Roasted Whole Lamb Leg with bone (average 4kg)
- Tradisional Coleslaw
- Roasted Potato
- Black Pepper Sauce


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi +60392058888

Boleh jugak layari www.vivatel.com.my  atau follow facebook  www.facebook.com/vivatelkl

3.4.20

Atasi Masalah Dengkur Dengan rawatan Laser Di Toscana Medi Clinic

Friday, April 03, 2020 1
Atasi Masalah Dengkur Dengan rawatan Laser Di Toscana Medi Clinic

Sebelum PKP tempohari, Eyza sempat la ke program Bicara Kecantikan dan Kesihatan yang dianjurkan Oleh Toscana Medi Clinic di Hotel Swiss Garden, Genting Highlands.

Toscana Medi Clinic merupakan pusat untuk kesihatan kulit, pusat estetik dan kesihatan. Matlamat utama klinik ini adalah untuk menyediakan penjagaan individu premium pada kadar harga yang berpatutan. Toscana menawarkan sesuatu untuk setiap orang dan keperluan antara kesihatan kulit, body contouring, facelift, rejuvenation therapies, anti penuaan, rawatan stemcell, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Ianya merupakan salah satu daripada 10 klinik estetik terbaik di Malaysia. 


Ceramah yang disampaikan oleh Dr Lashela Dharmadass ini dapat buka mata Eyza tentang pelbagai perkara yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Selama ni kita rasa benda2 tu cuma masalah remeh je. Tapi lepas Eyza pergi Bengkel ni baru Eyza tau ada sesetengah masalah memang patut dirawat dan ada cara rawatannya.



Antara perkhidmatan yang disediakan di Toscana Medi Clinic ini adalah:

FOTONA 4D Face Liftting 

FOTONA Tightsculpting Laser Body Sculpting and Skin Tightening 

FOTONA Nightlase Snoring dan Apnea Treatment 

FOTONA Intimalase Laser Vaginal Tightening 

FOTONA Incontilase Stress Urinary Incontinence Laser Treatment 

Salah satu dari rawatan yang boleh diatasi dekat sini ialah masalah dengkur dengan menggunakan laser.

Masalah dengkur adalah masalah yang kerap sangat orang alami. Antara punca terjadinya dengkur atau snoring ni sebab obesiti, tabiat merokok berlebihan, tidak cukup tidur serta kurang bersenam.

Mula-mula Eyza pun tertanya-tanya macam mana cara rawatan ni. Tapi lepas Eyza tengok video kat bawah ni barulah Eyza dapat gambaran cara rawatan ni. Ianya tak sakit cuma akan rasa panas sedikit. So, kalau korang ada masalah dengkur yang teruk, cepat-cepat la dapatkan rawatan sebelum ianya melarat.


Alamat:

Toscana Medi Clinic Publika Solaris 
Block D5-G4-01 & 02, 
Solaris Dutamas (Publika) 
No:1 Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur 


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Laman web : 
www.toscanamed.com/

Facebook : 
https://www.facebook.com/toscanamed/

Instagram : 



29.3.20

Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Sunday, March 29, 2020 1
Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Tak sampai sebulan pun lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni akan lebih bermakna untuk kita semua. 

Bagi yang mencari tempat untuk berbuka puasa, Eyza suggestkan korang ke Swiss-Garden Genting Highlands untuk merasai pengalaman berpuasa dan berbuka di tempat sejuk. 

Alang-alang nak berbuka dekat situ, apa kata korang menginap sekali. Tempat pun cantik. Boleh baca pengalaman Eyza menginap dekat Sini




Buffet Ramadhan dekat sini bertemakan Sajian Warisan Bonda dengan menampilkan lebih kurang 100 menu Authentic dan makanan tempatan. Antara makanan yang menjadi "Signature Dish" dekat sini ialah Nasi Briyani Gam Kambing dan Song Yee Kepala Ikan Tempoyak. 





Kalau pergi Buffet Ramadhan, mesti ramai yang mencari Kambing Golek atau Kambing Bakar kan? Kat sini pun ada menu all time favourite ni. Roast Lamb Leg kat sini memang sedap. Daging lembut dan tak ada bau hamis kambing. Memang sedap la. Dicicah pulak dengan 2 jenis sos iaitu sos pudina dan Lada Hitam. Boleh teringat-ingat dibuatnya. 







Harga Early Bird 
(Booking sebelum 20 April 2020)
RM 55 per person

Kalau booking selepas 20 April, harga Buffet ialah :

RM 78 Nett per Adult
RM 34 Nett per Senior Citizen (above 60 years old) 
RM 34 Nett per Child (between 4-12 years old) 

Buffet akan bermula dari 24 April 2020 hingga 24 May 2020 dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam. 

Untuk sahur pulak, pihak hotel ada sediakan In-Room sahur menu setiap hari bermula dari pukul 4 pagi. 


Untuk pertanyaan lanjut/tempahan, boleh hubungi dan layari:

Alamat:
Swiss-Garden Hotel & Residences, 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Call/Whatsapp : 
±6016-6700743 (Ravi) 
±6017-5428790 (Firdaus) 

Email:
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
fnb@shrgh.swissgarden.com

Website: