January 2020 - eyzamiel

28.1.20

Trip Ke Hatyai Menaiki Bas Dari TBS, Kuala Lumpur

Tuesday, January 28, 2020 2
Trip Ke Hatyai Menaiki Bas Dari TBS, Kuala Lumpur

Hatyai lagi? Yes! Ke Hatyai lagi kita. Sebenarnya aku dengan Sally plan nak pergi Singapore. Tapi mengenangkan duit Singapore mahal sangat, terus kami ubah plan. Ye la, harga hotel pun dh sama dengan perbelanjaan kami kat Hatyai kalau kami ke Singapore. 

Last minit nak beli tiket flight mahal, so kitaorang decide ke Hatyai dengan menaiki bas. 

Kami pergi ni tak ada plan sangat pun. Last minit plan. Bincang pun kat whatsapp je. Tiket bas, tukar duit dan hotel Sally uruskan. Kami decide nak pergi naik bas waktu malam sebab nak tidur je. Sampai sana dah pagi. Tak ada la letih sangat.

Mula-mula plan trip ni dengan Sally je. Pastu last minit Dayah ikut. Yeay. Lagi ramai lagi best. So, bermula la journey kitaorang bertiga ke Hatyai. Kiranya ni reunion gang Korea hari tu.

15 Januari 2020
Kami plan jumpa kat TBS. Bas kami pukul 9.30 malam. Dayah dengan Sally sembahyang Isyak siap2 dekat TBS sblm kami naik bas. Aku pulak cuti, memang lambat sikit la sampai kat TBS tu. 

Kami pilih naik Bas Alisan Golden Coach. Memang selesa sangat. Kerusi besar dan disetiap seat ada selimut dan plug pengecas. Memang berbaloi la. 


Dalam pkl 4.30 pagi kami sampai dekat satu tempat makan yg berhampiran imigresen di Bukit Kayu Hitam. Sebelum tu driver bas dh collect passport utk isi white card masuk Thailand. Kami trn cuci muka dl. Nak makan x lalu pulak pagi2 ni. Imigresen bukak pkl 6 pagi, so terpaksa la tggu kat dlm bas tanpa bergerak. 

Dah dapat masuk kami kena turun cop passport kat imi Malaysia, then depan sikit cop pulak kat imi Thailand. Dekat pukul 8 pagi kami pun sampai dekat tempat bas Alisan di Hatyai. 

Disebabkan awal lagi kami pun naik tuk tuk ke Chabura Dim Sum. 



Selain dari Dimsum, korang kena try Tomyam Coconut dan Daging bakar kat sini. Terbaik la. 




Selesai makan, kami naik tuk tuk ke hotel. Kami pilih menginap di Siam Mansion. Hotel ni memang cantik dan sebiji macam dalam gambar dekat Agoda. Kami x ambik gambar sebab masing-masing dah penat. Sebelah hotel pulak ada 7eleven. Memang asyik ke situ je la. 

Lepas mandi dan solat kami jalan kaki ke Wine Village. Boleh tahan jugak la buat kerja gila. Tgh2 hari rembang jalan kaki lebih kurang 1 km dari hotel ke sini. X ada apa sgt kat sini. Macam x terjaga je. Tapi kalau betul2 mmg cantik utk bergambar. 




Panas plus penat, kami pun ambik grab ke Central Festival Hatyai. Best sikit lepak sini sbb ada aircond. Duduk kat Starbucks je tgk gelagat org. 


Petang sikit kami gerak ke Khlong Hae Seafood Steamboat. Kami pilih pakej Seafood. Seorang kena dalam 289 Baht. 





Makan puas-puas kat sini. Sampai tersandar kekenyangan. Pastu kami naik grab ke Asean Night Market. Takde la shopping sangat. Settle semua naik grab balik hotel. 


Dah penat. Settle hari pertama. Nnt la sambung cerita lagi. Trip kali ni xde bajet detail. Nnt letak bajet lump sum je la. Hihihi. 

11.1.20

Hokkien Prawn Mee HALAL dan MURAH di Kuala Lumpur

Saturday, January 11, 2020 2
Hokkien Prawn Mee HALAL dan MURAH di Kuala Lumpur

Alhamdulillah.. Hari ni dah hari ke 10 dalam Tahun 2020 dan ini first entry aku untuk tahun ni.

First entry dah cerita tentang makan? Eyza dan makan berpisah tiada. Hahaha.

Sape kat sini peminat Hokkien Prawn Mee atau Hor Fun? Aku ni boleh dikatakan peminat tegar la untuk Chicken Hor Fun. Selalu kalau nak makan mesti kena pegi kopitiam. Hokkien Prawn Mee pulak memang susah nak jumpa yang HALAL. Banyak yang aku jumpa Chinese yang jual. Dah tentu2 la tak halal kan? Agak frust la kat situ.

Tapi sekarang ni aku dah happy balik sebab aku dah jumpa kedai Melayu Muslim yang jual HOKKIEN PRAWN MEE dan CHICKEN HOR FUN yang HALAL, SEDAP dengan HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN!


Kedai ni terletak dalam Monster Kg. Baru. Gerai No 2. Landmark dia ialah berhadapan dengan UniKL. Betul2 dekat traffic Light tu je.

Kedai ni dibuka setiap hari dari pukul 5.00 petang sampai la pukul 1.30 pagi. Kalau tengah malam tu lapar nak makan Mee dan lain dari yang lain, singgahlah kat sini. Gerenti korang tak menyesal.


Bagi penggemar Mee dan suka makan pedas, memang aku recommended korang order Hokkien Prawn Mee.


Bagi aku kuah dia memang sedap. Cukup rasa pedas dan manis udang tu. Rasanya dah lama jugak aku tak makan Hokkien Prawn Mee ni. Terubat jugak la rindu bila dapat makan kat sini.


Dalam ni ada campuran Mee, Bihun, Udang, Fish Cake, Sayur Pak Choy dan kuah yang memang sedap dan cukup rasa.


Bagi yang tak makan pedas jangan risau pulak. Kat sini ada jugak Chicken Hor Fun. Ni kalau makan kat Kopitiam, semangkuk je dah RM 16++ tapi kat sini cuma RM 10. Rasa kuah dia plain je tapi kena campur dengan cili kicap, barulah gabungan serasi gitu.


Selain 2 menu tu, ada jugak Wantan set dan Dumpling set. Dalam set wantan tu x cukup satu sbb hubby dah ngap awal lagi. Hihihi.


Tapi serius sedap la. Isi wantan dan dumpling tu memang penuh. Tak kedekut inti orang kata.


Hubby suka betul dengan dumpling tu sebab inti dia padat. Makan 2 ketul pun dah kenyang.


Harga kat sini pun memang berbaloi dengan portion makanan. Aku dengan hubby memang kekenyangan sangat la. Puas hati.


So, kalau korang ke area Kg Baru atau teringin nak makan Hokkien Prawn Mee atau Chicken Hor Fun boleh la singgah dekat the.opsroom.kitchen