Trip Ke Hatyai Menaiki Bas Dari TBS, Kuala Lumpur - eyzamiel

28.1.20

Trip Ke Hatyai Menaiki Bas Dari TBS, Kuala Lumpur


Hatyai lagi? Yes! Ke Hatyai lagi kita. Sebenarnya aku dengan Sally plan nak pergi Singapore. Tapi mengenangkan duit Singapore mahal sangat, terus kami ubah plan. Ye la, harga hotel pun dh sama dengan perbelanjaan kami kat Hatyai kalau kami ke Singapore. 

Last minit nak beli tiket flight mahal, so kitaorang decide ke Hatyai dengan menaiki bas. 

Kami pergi ni tak ada plan sangat pun. Last minit plan. Bincang pun kat whatsapp je. Tiket bas, tukar duit dan hotel Sally uruskan. Kami decide nak pergi naik bas waktu malam sebab nak tidur je. Sampai sana dah pagi. Tak ada la letih sangat.

Mula-mula plan trip ni dengan Sally je. Pastu last minit Dayah ikut. Yeay. Lagi ramai lagi best. So, bermula la journey kitaorang bertiga ke Hatyai. Kiranya ni reunion gang Korea hari tu.

15 Januari 2020
Kami plan jumpa kat TBS. Bas kami pukul 9.30 malam. Dayah dengan Sally sembahyang Isyak siap2 dekat TBS sblm kami naik bas. Aku pulak cuti, memang lambat sikit la sampai kat TBS tu. 

Kami pilih naik Bas Alisan Golden Coach. Memang selesa sangat. Kerusi besar dan disetiap seat ada selimut dan plug pengecas. Memang berbaloi la. 


Dalam pkl 4.30 pagi kami sampai dekat satu tempat makan yg berhampiran imigresen di Bukit Kayu Hitam. Sebelum tu driver bas dh collect passport utk isi white card masuk Thailand. Kami trn cuci muka dl. Nak makan x lalu pulak pagi2 ni. Imigresen bukak pkl 6 pagi, so terpaksa la tggu kat dlm bas tanpa bergerak. 

Dah dapat masuk kami kena turun cop passport kat imi Malaysia, then depan sikit cop pulak kat imi Thailand. Dekat pukul 8 pagi kami pun sampai dekat tempat bas Alisan di Hatyai. 

Disebabkan awal lagi kami pun naik tuk tuk ke Chabura Dim Sum. 



Selain dari Dimsum, korang kena try Tomyam Coconut dan Daging bakar kat sini. Terbaik la. 




Selesai makan, kami naik tuk tuk ke hotel. Kami pilih menginap di Siam Mansion. Hotel ni memang cantik dan sebiji macam dalam gambar dekat Agoda. Kami x ambik gambar sebab masing-masing dah penat. Sebelah hotel pulak ada 7eleven. Memang asyik ke situ je la. 

Lepas mandi dan solat kami jalan kaki ke Wine Village. Boleh tahan jugak la buat kerja gila. Tgh2 hari rembang jalan kaki lebih kurang 1 km dari hotel ke sini. X ada apa sgt kat sini. Macam x terjaga je. Tapi kalau betul2 mmg cantik utk bergambar. 




Panas plus penat, kami pun ambik grab ke Central Festival Hatyai. Best sikit lepak sini sbb ada aircond. Duduk kat Starbucks je tgk gelagat org. 


Petang sikit kami gerak ke Khlong Hae Seafood Steamboat. Kami pilih pakej Seafood. Seorang kena dalam 289 Baht. 





Makan puas-puas kat sini. Sampai tersandar kekenyangan. Pastu kami naik grab ke Asean Night Market. Takde la shopping sangat. Settle semua naik grab balik hotel. 


Dah penat. Settle hari pertama. Nnt la sambung cerita lagi. Trip kali ni xde bajet detail. Nnt letak bajet lump sum je la. Hihihi. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth Sis Eyza. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Eyza Miel, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete