February 2020 - eyzamiel

29.2.20

Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia Di Laman Kayangan Shah Alam

Saturday, February 29, 2020 0
Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia Di Laman Kayangan Shah Alam


Tak lama dah nak Bulan Ramadhan. Banyak tempat yang tawarkan Buffet Ramadhan untuk kita berbuka puasa nanti. Salah satu tempat yang aku tak pernah miss setiap tahun untuk Buffet Ramadhan ialah Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam. 

Aku sempat la hadir untuk Majlis Prebiu Buffet Ramadhan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan. Majlis ni diadakan pada 28 Februari 2020 (05 Rejab 1441H) bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam dan bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada Buffet Ramadhan pada tahun ini. 

Kredit : Qiss

Kredit : Qiss




Terdapat lebih 100 menu yang akan disediakan di Buffet Ramadhan Laman Kayangan sepanjang Ramadhan ini yang menampilkan menu Citarasa Malaysia dari pelbagai negeri di Malaysia yang ditampilkan menggunakan konsep stall dengan nama yang unik pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. 






Tempoyak ikan patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak Hassan dan Sup Daging Merah merupakan antara 'Signature Dish' yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka dekat sini. 






Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah urusan, Tuan Haji Azhar Bin Haji Baharin.

Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. 



Harga yang ditawarkan juga sangat murah iaitu:

HARGA BUFFET RAMADHAN 2020

Early Bird (pembelian awal bermula 28 Februari 2020 hingga 24 April 2020)
RM 59 - Dewasa
RM 35 - Kanak-kanak

Harga Normal
RM 69 - Dewasa
RM 39 - Kanak - kanak

Pakej Family
1. Beli 2 dewasa percuma 1 kanak-kanak / warga emas yang berharga RM 138.00
2. Beli 9 dewasa percuma 1 dewasa yang berharga RM 621.00


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh hubungi:

En. Hanif - 017-6704329 @ En. Hanafi - 011-18784681
























16.2.20

The Beauty Expert Academy Spa Cheras - Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection

Sunday, February 16, 2020 1
The Beauty Expert Academy Spa Cheras - Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection

Sejak dah berumur 30an ni, aku kerap jugak la pergi SPA. Demi utk dapatkan kulit yang cantik, apa salahnya kita spend duit kan? 

Aku pulak dulu ada pengalaman muka break out teruk sebab salah pilih SPA. Sedih sangat masa tu sampaikan aku stop utk facial atau buat apa2 kat muka aku kat mana-mana SPA. 

Tapi, kalau korg yg follow blog aku mesti perasan kan aku dah 2 kali cerita pasal satu tempat treatment dan SPA yang best la bagi aku. Aku ni takkan repeat tempat tu kalau servis dia teruk. Tapi dekat Beauty Expert Academy iaitu Spa terbaik di Cheras dan Aesthetic Spa Terbaik di Kuala Lumpur ni aku memang puas hati sangat la setakat ni.


Minggu lepas, aku sempat join Hi-Tea dengan owner Spa ni iaitu Puan Mastura Binti Idris. Pn Mas ni merupakan Pegawai VTO iaitu tenaga pengajar yang diiktiraf untuk kursus-kursus dibawah Sijil Kemahiran Malaysia. Spa ni dah lama dibuka iaitu dari Tahun 2012 lagi. Majlis bertema Black n Gold. Aku pakai apa yg ada je. Rugi plak  tak  pakai cantik-cantik. Hadiah pakaian tercantik best giler. 


Masa Hi-tea tu kami diperkenalkan dengan servis yang ada kat sini. Ada makan-makan, ada game dan kami dapat hadiah serta goodies bag. 



Kat sini ada servis Aesthetic dan Tradisional spa. Apa yang bestnya kat sini ialah rawatan yang diaorang buat #1 Tanpa Injection. Tapi hasil dia memang superb la. Nampak macam cucuk gitu padahal sebatang jarum pun takde. 


Antara servis yang ada kat sini dan memang dapat permintaan tinggi ialah Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, BIO-Dermagun, Placentex, Micronano Ocygen, Boost Uplifting, Lift Up eye Treatment, Fat Busting Treatment dan Hot Derox Blanket. Servis lain ada jugak macam facial treatment, body treatment, postnatal serbice, bridal spa package, mandian badan dan foot treatment.

Sevis paling popular kat sini dah tentu la Sulam Bedak Kristal, Placentex dan BIO-Dermagun. Aku tak pernah buat sulam bedak. Selama ni orang dok cakap sulam bedak tu haram sebab cucuk dalam kulit. Tapi bila aku jumpa sendiri dengan Pn. Mas, rupanya sulam bedak ni sikit pun tak pakai jarum.




Aku dah pernah facial dan treatment badan kat sini. Nanti bila-bila free aku ingat nak try BIO-Dermagun. Tapi aku ni penakut sikit. Bila Pn Mas kata kat sini tak guna jarum, baru la aku rasa lega. Hahaha. 

Tapi sebelum buat Dermagun, aku dah pun buat Dermaplan dengan Sulam Bedak Kristal. 


Dermaplan Treatment ni bagus untuk kulit muka sebab ianya dapat:
1.Membolehkan produk muka meresap jauh dalam kulit
2.Menyingkirkan bulu halus yang menangkap kotoran dan minyak muka. 
3.Melicinkna kulit wajah
4.Prosedur ni selamat untuk menyingkirkan kulit mati dan bulu halus di muka
5.Mengurangkan penampakan parut jerawat
6.Sesuai untuk semua jenis kulit

Mula-mula nak buat ni aku seriau jugak sebab pakai pisau kan. Tapi sebenarnya x sakit langsung pun. Aku je yg fikir lebih-lebih. 

Dah settle buat Dermaplan baru la aku buat pulak Sulam Bedak Kristal. Sulam Bedak ni dapat buat kulit cerah dalam masa 1 jam dan kita akan rasa kulit macam pakai bedak. Kesan Sulam bedak ni mampu tahan 2-3 bulan. Sulam Bedak yang dijalankan bukan injection, tetapi permukaan kulit akan dipolish secara halus tanpa menyakitkan dan tiada pendarahan. 

Kelebihan sulam bedak ni ialah:
1.Meneutralkan radikal bebas
2.Memudar pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dan sebagainya. 
3.Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum dan selepas pancaran UV
4.Mengembalikan warna kulit
5.Mengurangkan masalah warna kulit tidak sekata. 


Rawatan ni tak sakit dan selamat sebab tak ada suntikan. Yang bestnya siap dapat free ice rolls massage.

Selesai buat treatment, Kulit aku rasa lembut dan nampak sekata je. Sebelum ni memang kusam sikit la. 


Aku pun ada beli 2 produk yang memang best la bagi aku iaitu Diomond Dolly Booster Essence dan Oxy Foundation HD SPF 60. Aku nak repair balik kulit aku yang sebelum ni memang teruk. Dah 30an ni baru la kesesaran nak jaga muka tu datang. Hihihi. 


Kalau korang baru pertama kali nak pergi ke sini, korang akan dapat diskaun sebanyak 65% bermula 9 Februari 2020. Kat sini juga ada Bengkel/Kelas kecantikan untuk sesiapa yang berminat nak belajar. Mana la tahu satu hari nanti nak bukak SPA sendiri kan.


Untuk maklumat lanjut dan kempen terkini, korang boleh layari:


Alamat:
The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No. 14B, Jalan Suadamai 1/2, 
Bandar Tun Hussien Onn, 
43200 Cheras, Kuala Lumpur. 

Telefon:
03-95467094 / 013-2576447