Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia Di Laman Kayangan Shah Alam - eyzamiel

29.2.20

Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia Di Laman Kayangan Shah Alam



Tak lama dah nak Bulan Ramadhan. Banyak tempat yang tawarkan Buffet Ramadhan untuk kita berbuka puasa nanti. Salah satu tempat yang aku tak pernah miss setiap tahun untuk Buffet Ramadhan ialah Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam. 

Aku sempat la hadir untuk Majlis Prebiu Buffet Ramadhan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan. Majlis ni diadakan pada 28 Februari 2020 (05 Rejab 1441H) bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam dan bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada Buffet Ramadhan pada tahun ini. 

Kredit : Qiss

Kredit : Qiss




Terdapat lebih 100 menu yang akan disediakan di Buffet Ramadhan Laman Kayangan sepanjang Ramadhan ini yang menampilkan menu Citarasa Malaysia dari pelbagai negeri di Malaysia yang ditampilkan menggunakan konsep stall dengan nama yang unik pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. 






Tempoyak ikan patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak Hassan dan Sup Daging Merah merupakan antara 'Signature Dish' yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka dekat sini. 






Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah urusan, Tuan Haji Azhar Bin Haji Baharin.

Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. 



Harga yang ditawarkan juga sangat murah iaitu:

HARGA BUFFET RAMADHAN 2020

Early Bird (pembelian awal bermula 28 Februari 2020 hingga 24 April 2020)
RM 59 - Dewasa
RM 35 - Kanak-kanak

Harga Normal
RM 69 - Dewasa
RM 39 - Kanak - kanak

Pakej Family
1. Beli 2 dewasa percuma 1 kanak-kanak / warga emas yang berharga RM 138.00
2. Beli 9 dewasa percuma 1 dewasa yang berharga RM 621.00


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh hubungi:

En. Hanif - 017-6704329 @ En. Hanafi - 011-18784681
























No comments:

Post a Comment