March 2020 - eyzamiel

29.3.20

Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Sunday, March 29, 2020 0
Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Tak sampai sebulan pun lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni akan lebih bermakna untuk kita semua. 

Bagi yang mencari tempat untuk berbuka puasa, Eyza suggestkan korang ke Swiss-Garden Genting Highlands untuk merasai pengalaman berpuasa dan berbuka di tempat sejuk. 

Alang-alang nak berbuka dekat situ, apa kata korang menginap sekali. Tempat pun cantik. Boleh baca pengalaman Eyza menginap dekat Sini




Buffet Ramadhan dekat sini bertemakan Sajian Warisan Bonda dengan menampilkan lebih kurang 100 menu Authentic dan makanan tempatan. Antara makanan yang menjadi "Signature Dish" dekat sini ialah Nasi Briyani Gam Kambing dan Song Yee Kepala Ikan Tempoyak. 





Kalau pergi Buffet Ramadhan, mesti ramai yang mencari Kambing Golek atau Kambing Bakar kan? Kat sini pun ada menu all time favourite ni. Roast Lamb Leg kat sini memang sedap. Daging lembut dan tak ada bau hamis kambing. Memang sedap la. Dicicah pulak dengan 2 jenis sos iaitu sos pudina dan Lada Hitam. Boleh teringat-ingat dibuatnya. 







Harga Early Bird 
(Booking sebelum 20 April 2020)
RM 55 per person

Kalau booking selepas 20 April, harga Buffet ialah :

RM 78 Nett per Adult
RM 34 Nett per Senior Citizen (above 60 years old) 
RM 34 Nett per Child (between 4-12 years old) 

Buffet akan bermula dari 24 April 2020 hingga 24 May 2020 dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam. 

Untuk sahur pulak, pihak hotel ada sediakan In-Room sahur menu setiap hari bermula dari pukul 4 pagi. 


Untuk pertanyaan lanjut/tempahan, boleh hubungi dan layari:

Alamat:
Swiss-Garden Hotel & Residences, 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Call/Whatsapp : 
±6016-6700743 (Ravi) 
±6017-5428790 (Firdaus) 

Email:
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
fnb@shrgh.swissgarden.com

Website:


24.3.20

Pengalaman bercuti dan menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Tuesday, March 24, 2020 0
Pengalaman bercuti dan menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Negara kita sekarang ni tengah buat Perintah Kawalan Pergerakan angkara Covid 19. Eyza pun tak pasti bila semua ni akan berakhir. Eyza rindu Malaysia yang dulu. Yang bebas ke sana ke mari. Rindu nak travel macam dulu-dulu. Mudah-mudahan semua ni akan berakhir dengan cepat. Amin. 

Takpe la. Kita semua doa banyak-banyak ye. Ni Eyza nak share satu tempat best yang korang boleh bawak family bercuti nanti bila semua ni berakhir. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. 

Eyza sempat la #StaycationistaBeaute dengan kawan-kawan ke Swiss Garden Genting Highlands. Hotel ni baru lagi dibuka tahun lepas. Kiranya ni throwback la. Jangan pulak ada yang ckp Eyza pergi sekarang ni. No no no ye. Sekarang ni duduk diam-diam je kat rumah. 

Swiss Garden ni hanya ambil masa dalam 45 minit je dari Kuala Lumpur. Tak perlu naik sampai ke atas pun. Kiranya hotel ni kat pertengahan Genting Highlands je.  Dari hotel ni nak ke Genting Premium Outlet dan Stesyen Bas cuma 10 minit. Pihak hotel ada sediakan shuttle untuk ke sana. Kalau korang naik bas dari KL atau korang dari hotel nak shopping kat GPO, naik je shuttle hotel. Parking pun senang dekat sini sebab ada lebih kurang 300 lot parking kat sini. 

Bilik Hotel

Masa stay kat sini, Eyza dapat melawat bilik-bilik yang ada di sini iaitu Deluxe Room, 1 bedroom Suite dan Executive 2-Bedroom Residence. 

Eyza, Sally, Farah dan Fiqa duduk dekat Premier 2-Bedroom Residence yang terletak di tingkat 30. Satu bilik 2 orang. Siap ada dryer lagi untuk kita keringkan baju lepas mandi pool. Kalau nak seterika dan iron board, call je. Nnt pihak hotel hantarkan. 

Premier 2-Bedroom Residence




1-Bedroom Suite 



Deluxe Room



The Garden Terrace

Sepanjang kami kat sini, kami makan dekat The Garden Terrace yang terletak di tingkat 5 hotel ni. Breakfast, lunch dan dinner semua kat sini. Sedap2 pulak tu makanan yang chef kat sini masak. 

Tapi kalau korang nak makan kat luar pun boleh, banyak je kedai-kedai makan berdekatan hotel. 


Tapi, rugi kalau korang tak makan breakfast kat sini sebab makanan dia semua sedap. Boleh kata pilihan makanan pun banyak. Breakfast berkonsepkan buffet kat sini. 




Apa yang ada di sini? 

Dekat sini ada Games Room, Playground, Squash Court, Karaoke Room, Pool, Jakuzi, Sauna Room, gym dan macam-macam la. Yang bestnya pool kat sini air dia suam gitu. Rasa selesa sangat. Dah la pool besar. 



Karaoke Room dia besar sangat. Boleh muat satu family la. Boleh buat gathering dengan family dengan kawan-kawan dekat sini. 



Paling best ialah dekat tingkat 41. Kat situ la terletaknya Pool, Sauna Room dan paling best tempat ootd yang cantik giler. Rugi kalau korang tak bergambar dekat sini. 








Eyza pun hari tu tak puas nak stay sini. Harap lepas negara pulih ni dapat la kembali ke sini. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Swiss-Garden Hotel and Residences, 
Genting Highlands 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Tel :+603 9213 0777 dan +603 9078 2600 



Facebook : Swiss Garden

Instagram : Swiss Garden

12.3.20

'The New Glide' memperkenalkan wajah baharu dan penambahan rangkaian produk Glide Lubricants

Thursday, March 12, 2020 0
'The New Glide' memperkenalkan wajah baharu dan penambahan rangkaian produk Glide Lubricants


Hari ni telah berlangsungnya Majlis Perasmian "The New Glide" yang bertempat di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh CEO Glide Group, YBHG Dato' Muhazli Bin Muhamad.


Di bawah Glide Group, Glide Technology Sdn Bhd, yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007, kini telah menghasilkan lubricant yang dijenamakan sebagai Glide Lubricants.


Produk terbaru keluaran Glide Lubricants iaitu BEYOND SAE OW16 dan SAE 0W20 fokus kepada meninggikan taraf minyak pelincir kereta di mana ianya juga bakal merendahkan kesan pencemaran dari kenderaan. 


MAXIGLIDE BEYOND SAE 0W16 menawarkan perlindungan dari Molybdenum Technology di dalam mengelakkan kerosakan enjin dan ianya lebih bermutu. Dengan pelbagai pengunaan minyak enjin yang juga direka khas untuk cuaca sejuk dapat memastikan enjin berjalan lancar dan juga ekonomi. Ianya terbaik untuk enjin Energy Efficient Vehicles (EEV). Persembahan enjin terbaik bagi API SP/SN PLUS.


SAE 5W30 API SP/SB PLUS (RC) dan SAE 5W40 SN/CF dikategorikan sebagai Beyond Series yang memberikan Maxiglide untuk persembahan enjin yang premium. Diformulasikan daripada minyak asas sintetik yang berkualiti tinggi bersama bahan-bahan berkualiti tinggi. 

Ini memberikan enjin bergerak lancar tidak kira apa juga enjin apa dan di dalam apa juga cuaca. Memberikan perlindungan optimum di dalam mengurangkan kerosakan enjin di samping memberikan oxidation dalam enjin. Sesuai untuk digunakan untuk enjin gasoline dan juga kenderaan ringan yang menggunakan diesel.

Maklumat lanjut boleh layari: 

1.3.20

The Lanai Event Space - Tempat Event yang cantik di Shah Alam

Sunday, March 01, 2020 2
The Lanai Event Space - Tempat Event yang cantik di Shah Alam

Zaman sekarang ni orang dah jarang buat majlis dekat rumah. Bukan apa, kalau dekat rumah nanti penat nak mengemas. Better la buat kat dewan atau event space. 

Salah satu event space yang jadi pilihan ialah The Lanai Event Space. Ianya terletak di Seksyen 23, Shah Alam. 


Dekat sini ada pakej katering, meja, kerusi, alas meja, Buffet Station, Sound System, Rostrum, Pentas, dekorasi pentas, dekorasi entrance dan pelayan banquet. 


Deko dalam ni pun cantik dan mempersona. Berkonsepkan Botanical Garden,  buat kita rasa macam duduk dalam hutan fantasi je. 


Antara kemudahan yang ada kat sini seperti tandas, surau dan tempat meletak kenderaan. 




Antara pakej yang ditawarkan dekat sini ialah:

Pakej Akikah - RM 9750.00 (jika nak tambah kambing cuma add on RM 1500.00)

Pakej ni dah merangkumi dewan, hiasan dewan, hiasan pintu masuk dan makanan. Untuk pakej ni tempahan boleh dibuat dengan minimum 150 orang. 

Pakej Birthday - RM 6500.00

Pakej ni termasuk dewan, hiasan dewan serta makanan dan minimum untuk pakej ini hanya 100 orang. 

Pakej bertunang / Akad Nikah - RM 10,000.00

Untuk pakej ni, pelanggan akan dapat makanan, deko pelamin, meja akad nikah serta hiasan pintu masuk percuma dan minimum 200 orang. 


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi nombor seperti di bawah:

The Lanai Event Space
No 36, Jalan Pelabur A 23/A
Seksyen 23, Shah Alam

Google Maps : The Lanai Event Space

No. Telefon:
03-58559224
012-2533973
019-2503090
011-18784681