Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands - eyzamiel

29.3.20

Buffet Ramadhan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands



Tak sampai sebulan pun lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni akan lebih bermakna untuk kita semua. 

Bagi yang mencari tempat untuk berbuka puasa, Eyza suggestkan korang ke Swiss-Garden Genting Highlands untuk merasai pengalaman berpuasa dan berbuka di tempat sejuk. 

Alang-alang nak berbuka dekat situ, apa kata korang menginap sekali. Tempat pun cantik. Boleh baca pengalaman Eyza menginap dekat Sini




Buffet Ramadhan dekat sini bertemakan Sajian Warisan Bonda dengan menampilkan lebih kurang 100 menu Authentic dan makanan tempatan. Antara makanan yang menjadi "Signature Dish" dekat sini ialah Nasi Briyani Gam Kambing dan Song Yee Kepala Ikan Tempoyak. 





Kalau pergi Buffet Ramadhan, mesti ramai yang mencari Kambing Golek atau Kambing Bakar kan? Kat sini pun ada menu all time favourite ni. Roast Lamb Leg kat sini memang sedap. Daging lembut dan tak ada bau hamis kambing. Memang sedap la. Dicicah pulak dengan 2 jenis sos iaitu sos pudina dan Lada Hitam. Boleh teringat-ingat dibuatnya. 







Harga Early Bird 
(Booking sebelum 20 April 2020)
RM 55 per person

Kalau booking selepas 20 April, harga Buffet ialah :

RM 78 Nett per Adult
RM 34 Nett per Senior Citizen (above 60 years old) 
RM 34 Nett per Child (between 4-12 years old) 

Buffet akan bermula dari 24 April 2020 hingga 24 May 2020 dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam. 

Untuk sahur pulak, pihak hotel ada sediakan In-Room sahur menu setiap hari bermula dari pukul 4 pagi. 


Untuk pertanyaan lanjut/tempahan, boleh hubungi dan layari:

Alamat:
Swiss-Garden Hotel & Residences, 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Call/Whatsapp : 
±6016-6700743 (Ravi) 
±6017-5428790 (Firdaus) 

Email:
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
fnb@shrgh.swissgarden.com

Website:


1 comment:

  1. Sedap-sedapnya menu yang dihidangkan. Kalau keadaan dah ok Ramadhan nanti, boleh lah booking tempat ni..

    ReplyDelete