13 Tahun Beraya Tanpa Zuriat - eyzamiel

25.5.20

13 Tahun Beraya Tanpa Zuriat


Assalammualaikum.. Rasanya belum terlambat lagi kalau Eyza nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Sepatutnya tahun ni turn Eyza beraya di Sarawak. Tapi disebabkan Virus Covid 19, kami beraya dekat KL je la. InsyaAllah, bila semua ni berakhir kita balik kampung puas-puas. 

Tahun ni Eyza masih lagi beraya berdua dengan suami. Belum ada rezeki nak ada zuriat lagi tahun ni. Kita hanya mampu merancang kan? Hanya Allah yang menentukan. 


Bila tengok semua kawan-kawan up gambar bersama anak-anak, Eyza happy tapi dalam masa yang sama rasa sayu. Rindukan arwah anak-anak Eyza yang Eyza belum sempat jumpa. Belum sempat eyza nak rasa nikmat sebenar mengandung sehingga melahirkan. Allah lebih sayangkan mereka. 


Tapi, Eyza redha dan eyza tahu semua ni ada hikmahnya. Setiap apa yang Allah rancang untuk hambanya mesti ada sebab musababnya. Moga tahun depan, Eyza ada rezeki untuk menjadi ibu. Amin.. Kalau ada yang nak bagi anak angkat untuk Eyza pelihara, Eyza sangat2 berbesar hati. 

Dah la. Tak mau sedih2. Kita cerita bab raya pulak. Raya kali ni berbeza sebab semuanya Eyza kena masak sendiri. Selalunya kalau raya kat kampung ada mak dan adik beradik akan tolong. 


Menu raya Eyza simple je. Eyza masak Rendang Daging, Rendang Ayam kampung, Nasi Tomato dan Ayam Masak merah. Sate dengan ketupat palas tu beli je. Lemang pulak jiran bagi. Alhamdulillah. Walau sederhana kita tetap kena rayakan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa kan? 


Dikesempatan ini Eyza mohon maaf andai ada tulisan Eyza sebelum ni yang mengguris hati sesiapa.Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ye. 0-0 ye. 

No comments:

Post a Comment