Ramadan Tapau @ Vivatel Kuala Lumpur Selera Kampung - eyzamiel

3.5.20

Ramadan Tapau @ Vivatel Kuala Lumpur Selera Kampung

Ramadan kali ni memang berbeza sangat sebab kita semua masih dalam keadaan berjaga-jaga. Banyak Buffet Ramadan yang terpaksa cancel. Kalau tak, tiap-tiap kali Ramadan mesti Eyza kalut nak berbuka dekat Buffet Ramadan. Ada hikmahnya jugak semua yang jadi ni. Dapat kita semua berbuka dengan family. 

Tapi takpe, walau tak ada Buffet Ramadan kita tetap boleh makan makanan hotel. Best kan? Hotel Vivatel Kuala Lumpur membuat kelainan untuk Ramadan 2020 dengan mengajak kita semua menikmati makanan hotel mereka secara santai di rumah bersama keluarga. Mereka menawarkan Menu Ramadan Ta'pau dan pelanggan boleh 'self Pick-up' utk berbuka puasa. Kalau ada yang jauh tapi teringin nak rasa makanan dari Vivatel ni, boleh la arrangekan runner minta ambikkan. 


Eyza hari tu order Set Lamb Biryani Warisan (set ni ada ayam atau kambing), Udang Sambal Petai dan Ayam Percik. Setiap set ada Nasi Putih kecuali set briyani, jelatah timun, sambal belacan.


Semua pesanan melalui whatsapp dan guna kod VivatelTa'pau/eyzamiel akan dapat diskaun 10% dari harga asal. Ha.. jimat kan? Jangan lupa tau guna kod tu. 

Untuk tempahan boleh Whatsapp - ±60132288840 atau call +0392058888


Retro Cafe Ramadan Ta'pau selera Kampung bermula dari 27 April hingga 22 Mei 2020. Makanan disini dimasak oleh Retro Cafe Resident Chef, Chef Ashar Daud yang memang pakar dalam masakan Melayu. 



Harga Ramadan Ta'pau bermula dari RM 18nett ke RM 20nett untuk seorang. Kalau ada yang mengidam Ayam Percik, Daging Salai Lemak Cili Api, Pais Pari Bakar Air Asam, Udang Masak Petai, Sup Tulang Rawan Urat Keting atau Sup Berempah semua ada kat sini. Untuk penggemar Briyani pulak boleh cuba Briyani Kambing atau Ayam. Dan ada jugak Ayam Penyet dan Nasi Ulam Raja untuk memenuhi selera semua. 


Kalau nak beli Kombo Family pun ada tau. 1 kombo utk 5 pax. Ada 2 pilihan untuk kita pilih. 

Kombo Set 1 (RM 130nett)
- Red Sanpper Fish Head Curry (average size 2.3 kg) 
- Fried Tumeric white Cabbage
- Green Chili-onion soya sauce
- Steam Fragrant Rice
- Papadam

Kombo Set 2 (RM 220nett)
- Roasted Whole Lamb Leg with bone (average 4kg)
- Tradisional Coleslaw
- Roasted Potato
- Black Pepper Sauce


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi +60392058888

Boleh jugak layari www.vivatel.com.my  atau follow facebook  www.facebook.com/vivatelkl

1 comment: