2019 - Blog Eyzamiel

26.12.19

Kat mana nak cari Baju Plus Size yang cantik dan selesa?

Thursday, December 26, 2019 1
Kat mana nak cari Baju Plus Size yang cantik dan selesa?

Pejam celik pejam celik dah tak lama kita nak masuk Tahun 2020. Dah capai ke azam Tahun 2019?

Aku tahu ramai yang berazam nak kurus kan? Berapa orang yang berjaya. Aku ni contoh salah sorang yang tak berjaya. Hahaha.

Tapi kan, zaman sekarang dah senang dh nak cari baju cantik-cantik. Kalau nak tunggu kurus, memang tak bergaya la jawabnya.

Salah satu tempat shopping Plus Size yang aku suka dah tentu la Mis Claire. Dekat sini semua baju trendy dan sesuai untuk kita-kita yang Plus Size ni.


Minggu lepas diaorang baru je lancarkan koleksi Mis Claire x Siti Nordiana. Cantik-cantik wei koleksi ni. Boleh mix n match lagi. Aku tengok diaorang pakai, terus aku pun berkenan jugak. Tak sabar nak tunggu baju aku sampai.






Dekat majlis tu jugak, ramai kawan-kawan yang pernah kena "Body Shaming" ni share pengalaman diaorg. Bagi aku, orang yang suka Body Shaming orang ni memang tak patut hidup bermasyarakat. Pi dok kat hutan sorang2 baru dia ada akai.




Aku dulu masa sekolah pun ada jugak org ejek. Pernah rasa down, tapi x lama. Lepas tu aku bangkit dan lantak la kat orang yang mengata aku tu. Sekarang ni, kehidupan aku jauh lagi bagus dr dia.

Ok.. tak mau la cerita sedih2. Aku sebenarnya nak cerita pasal baju je pun. Takpa2, kita boleh buktikan walaupun kita Plus Size tapi kita tetap hot tau.



Tak mau cerita banyak-banyak. Korang gi la terjah Website diaorang. Gerenti rambang mata macam aku.


Tapi kalau korang nak pergi Butik terus pun boleh. Korang boleh ke Robinsons KL atau ke Taman Sea, PJ. Boleh tengok detail dekat:

IG : Mis Claire   FB : Mis Claire

18.12.19

SPA Terbaik di Cheras

Wednesday, December 18, 2019 2
SPA Terbaik di Cheras

Lately ni aku memang super duper busy. Maklum la hujung tahun. Boleh kata selalu la balik malam. Badan ni memang rasa penat sangat.

Bila badan dah rasa macam tak berapa best, jom la kita pegi SPA. Dalam banyak-banyak SPA kat area Cheras ni,  aku memang serasi dengan The Beauty Expert SPA ni.

Ni adalah kali kedua aku datang sini. Aku suka dekat sini sebab harga berpatutan dan servis pun terbaik. Kalau datang sini, aku recommended Linda yg urut, memang best sangat rasa badan lepas tu.


Suasana SPA pun tenang je.  Masa first aku datang hari tu, mula-mula aku ambik pakej lain lepas tu rasa tak mau balik, terus aku tambah pakej. Hahaha.

Kali kedua datang ni, aku grab promo Happy Hour hari tu. Berbaloi sangat tau. Tak dapat dekat SPA lain.


Aku ambik servis ni. Memang berbaloi sangat-sangat. Tapi aku tak sure la pakej ni masih ada ke tak. Tapi kalau xde pun, harga dia still murah la kat sini. No hal.

Aku sampai terlelap masa Linda dok scrub badan. Best sangat wei. Berbaloi dan mesti kena repeat lagi. Muka pun fresh je lepas buat facial sbb muka aku kena urut dengan ice rolls. Memang best la.


Selain dari servis SPA, kat sini ada jugak jual Garam Aura. 


Serius wei. Aku dah pakai seminggu berturut-turut. Bila ko balik penat, mandi pakai garam ni, ko akan rasa aura positif gitu. Tido malam pun nyenyak je.


Dalam ni siap ada kelopak bunga ros segar tu tau. Cara nak guna Garam Aura The Face ni pun senang je. Mula-mula mandi macam biasa, lepas tu baru bilas dengan air garam aura ni beserta dengan niat dan baca Selawat 7x, Al Fatihah 1x, Ayat Qursi 1x. Boleh juga digunakan sebagai Scrub body atau Lulur Badan. Ianya 100% dari bahan  asli.


Tengok la pemilik SPA ni, Kak Mas ni muka berseri je. Kulit pun cantik. Jeles aku. Tak kira, lepas ni nak repeat lagi. Nak buat rawatan muka plak. Muka dah teruk ni. Nanti aku share experience buat treatment muka plak.

Kalau korang nak pergi, just waze atau google maps The Beauty Expert Academy. Nanti trs je sampai depan kedai. Takpun wasap je no ni +60 13-257 6447 utk Appoinment.

12.12.19

Ghaibkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7hari Dengan Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine.

Thursday, December 12, 2019 2
Ghaibkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7hari Dengan Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine.

Ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idamannya.

Melakukan perawatan atau penjagaan wajah sangat penting. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap dilakukan adalah dengan penggunaan masker wajah!


Dengan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan Le.Lab Routine mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil.
Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine secara rutin membuatkan wajah menjadi sihat dan cantik semulajadi.


Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine adalah sejenis masker untuk muka yang diperbuat daripada koalin atau clay dan boleh dijadikan sebagai skrub muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan breakout.




Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine Menutriskan Kulit Dari Dalam
Charcoal atau arang merupakan salah satu bahan semulajadi yang bermanfaat untuk menyerap dan menanggalkan kotoran serta minyak yang berlebihan di wajah dan dalam masa yang sama melembutkan kulit wajah.

Pelbagai nutrisi yang terkandung di Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dan dipercayai efektif untuk membuatkan kulit wajah menjadi semakin cerah, mulus, bersih dan terhindari dari sebarang masalah.


Apa yang membuatkan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine ini cukup istimewa?
Charcoal Clay Mask sememangnya diformulasikan dengan arang dan lumpur untuk menanggalkan segera kotoran pada kulit wajah tanpa sebarang pengelupasan kulit. Bahkan masker ini turut mengandungi Orange Essential Oil yang dapat membantu proses penyembuhan kulit, terutama anda yang memiliki wajah yang berjerawat dengan lebih cepat.

5 bahan utama di dalam CCM:
* Arbutin – berfungsi merawat parut hitam akibat bekas jerawat dan tona kulit tak sekata.

* Orange Essential Oil – Sifat anti-radang yang terkandung pada orange essential oil berupaya mengecutkan jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru.

* White Koalin/Clay -  kotoran, sel kulit mati dan racun boleh menutup pori-pori. Namun, penggunaan  Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dapar menyingkirkan kotoran serta menyedut minyak yang berlebihan dan membersihkan pori-pori tersumbat.

* Luffah Charcoal – berfungsi sebagai agen scrub untuk membantu mengeluarkan kulit mati yang berlebihan.

*Salicylic Acid- berfungsi sebagai bahan utama untuk mematikan jerawat serta merawat masalah breakout.  




Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine boleh didapati di:
ig : lelab_routine
Page fb : Le.Lab Routine HQ
Website : www.lelabroutine.com
Harga yang ditawarkan: RM69.00 (50g)

Berita baik!
Untuk pembelian 500 unit pertama akan akan mendapat Free Mini Pack Daily Deep Cleanser by Le.Lab Routine (bernilai lebih RM15)

Serikan wajah anda dengan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine
Selamat datang kulit yang mulus, bersih dan cerah berseri serta bebas jerawat!!


2.11.19

Cantik betul warna Semi LipMatte Bungaa Cosmetics

Saturday, November 02, 2019 0
Cantik betul warna Semi LipMatte Bungaa Cosmetics

Eyza memang terpaling suka pakai Lipmatte dan sekarang Eyza dah jatuh cinta dengan Semi Lipmatte dari jenama Bungaa. Kiranya ni cinta hati baru Eyza la.


Mesti ramai yang tertanya-tanya pasal Bungaa ni. Eyza pun baru je tahu pasal Semi Lipmatte ni masa pergi Pelancaran produk ni pada hari Sabtu minggu lepas. 


Walaupun ianya masih baru dekat pasaran, tapi dah ramai stokis dan agen yang ada dibawah jenama ni. Mula-mula Eyza pun pelik. Apa yang best sangat tentang Bungaa ni. 


Untuk koleksi pertama ni, Bungaa telah keluarkan Lima (5) warna dan ianya diwakili dengan nama-nama bunga seperti LILY, DAISY, ORKID,ROSE DAN TULIP. 


Eyza sendiri dah try dan ternyata Semi Lipmatte ni best dan warnanya sangat cantik. Terus Eyza pun jatuh cinta. Eyza dah ada 2 warna iaitu Tulip dan Rose. Rasa macam nak tambah lagi 3 kuntum bunga je sebab semua warna cantik dan menarik. Tak boleh nak buat pilihan. Wajib ada semua kaler.

Bungaa Semi LipMatte ni diasaskan oleh 2 orang kawan baik iaitu Izzat Bin Roslan dan Arham Syafiq Azmi.


Walaupun syarikat mereka baru ditubuhkan pada Bulan September 2019 hari tu dan produk pula baru 3 minggu di pasaran, diaorang dah jual 10,000 unit serta mempunyai 20 org stokis dan 120 agen di seluruh Malaysia. Hebatkan?


Pada Majlis pelancaran tu juga, kami diperkenalkan dengan 5 "Face Of Bunga" yang mewakili setiap 1 bunga dan warna.


Pelakon Nadya Syahera (Bunga Orkid), Instafamous Yana (Bunga Tulip), Instafamous Fara (Bunga Lily), Instafamous Naomi (Bunga Daisy) dan Instafamous Amy (Bunga Rose). Setiap satu bunga tu memang sesuai dengan karektor masing-masing.


Kelebihan Bungaa Semi LipMatte ni ialah:

-Menggunakan ROSE OIL sebagai bauan menggantikan pewangi
-Mengandungi SHEA BUTTER yang melembapkan kulit bibir dan membuatkan sentiasa kelihatan segar.
-Meneutralkan kembali warna kulit bibir setelah menggunakan Bungaa Semi LipMatte
-Mudah ditanggalkan apabila dicuci (Mesra Wuduk)
-Tekstur lebih ringan dan tidak melekit
-Menjadikan bibir sentiasa menawan dan jelita.


Harga sebatang Semi LipMatte ni ialah RM 39 (Semenanjung) / RM42 (Sabah/Sarawak) dan boleh didapati dari semua stokis dan Agen. Untuk pembelian boleh layari https://instagram.com/bungaacosmetichq

28.10.19

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Bongsu Bonda Rozita Ibrahim Bertemakan Kesultanan Melayu Klasik

Monday, October 28, 2019 3
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Bongsu Bonda Rozita Ibrahim Bertemakan Kesultanan Melayu Klasik
Siapa yang tak kenal kan dengan Bonda Rozita Ibrahim, Dato' Seri Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi. Mereka ini antara Usahawan yang berjaya di Malaysia dan apa yang lebih membanggakan, mereka adalah anak-beranak dan semuanya berjaya dengan produk masing-masing. Kiranya diaorang ni bersaing secara sihat sesama sendiri.

Semalam telah berlangsungnya Majlis Resepsi adik lelaki Dato Seri Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi yang juga merupakan anak kepada Pengasas Jamu Ratu Malaya iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah telah melangsungkan Akad Nikah pada Hari Jumaat lepas, resepsi sebelah perempuan pada Hari Sabtu dan malam tadi adalah kemuncak untuk Majlis sambut menantu.


Sebelum Majlis bermula, Eyza sempat la bertanya kepada Dato Aliff kenapa Majlis tak dibuat dihotel? Tahu tak apa jawapan dia? Maknya kedekut! Lawak betul Dato Aliff ni. Tergelak-gelak semua. Sempat dia kenakan Bonda dia sendiri.




Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda ni dihias cantik dengan Dekorasi Alam seperti yang Bonda mahukan. Melangkah je dalam dewan, Semua dah terpukau dengan tema yang berkonsepkan Zaman Kesultanan Melayu Lama. Pelamin serba mewah berwarna Emas tersergam cantik. Memang sesuai dengan Raja dan Ratu sehari.

Kredit : Reef


Pasangan pengantin diarak masuk dengan tandu seperti Raja dulu-dulu sambil diiringi dengan selawat. Memang cantik sangat pasangan Raja sehari ni. Terselah kegembiraan dan seri pengantin mereka berdua. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Majlis ini seperti mengenang kembali ke Zaman Bangsawan dan Melayu dulu-dulu.

Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 1000 tetamu yang cantik berpakaian tradisional. Semua sporting sebab pakai baju tradisional klasik seperti songket dan hiasan kepala. Tetamu Kehormat yang dijemput ialah Menteri Besar Selangor dan Isteri. 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa dan selepas itu semua hadirin ditayangkan dengan cerita pendek berlatar belakangkan dua darjat dan cinta tidak direstui antara seorang Raja dan seorang gadis biasa.

Semua hadirin dihiburkan dengan tarian tradisional, nyanyian ghazal dan yang lebih happening ialah persembahan dari Dato Jamal Abdillah. Suara dia memang sama live atau kat TV. Memang best la.

Apa yang menariknya ada juga acara cabutan bertuah dan hadiah untuk pakaian tercantik di Majlis Resepsi ni. Antara hadiahnya ialah barangan Mewah yang ditaja oleh Bonda iaitu Handbag Michael Kors dan barangan dari butik Bonda iaitu Deratu Butik serta Handbag berjenama Coach dan Charles & Keith dari Dato Aliff Syukri. Bestnya. Tak pernah lagi rasanya Majlis perkahwinan yang bagi hadiah mewah macam ni. Bertuah la siapa yang dapat tu.



Majlis yang menelan belanja lebih dari setengah juta ni boleh dikatakan Wedding Of The Year dan Perkahwinan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak pun. Semuanya dari Bonda sendiri dan keluarga. Majlis ini bertujuan untuk menyatukan dan merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa meyokong Bonda dari dulu lagi.


Semoga perkahwinan ini kekal ke Jannah dan Tahniah Bonda kerana dapat menantu baru. Semoga keluarga Bonda sentiasa ceria dan murah rezeki.



19.10.19

Teruja wei bila first time dapat join Butterfly Coachella Party

Saturday, October 19, 2019 6
Teruja wei bila first time dapat join Butterfly Coachella Party
Sekarang ni Eyza memang jarang join event dengan komuniti blogger. Tapi, bila Tammy dari Butterfly Project inform nak buat Butterfly Cochella Party, terus je Eyza daftar. Teruja nak join sebab Eyza tau apa je party yang Butterfly Project buat memang best. Rugi la kalau tak join.

Event kali ni dibuat dekat Hearty Party yang terletak di Setia Alam. Mula-mula segan jugak nak pergi, tapi akhirnya ada Emi dan Sally. Baru la tak bosan nak drive dari KL ke Setia Alam kan bila ada kawan berborak.

Party Venue | Hearty Party Sdn Bhd 


Sampai je kat tempat Event, Eyza dah agak kagum sebab aktiviti ada di setiap tingkat. Macam Photobooth dekat tingkat bawah sekali dengan pendaftaran. Senang sangat. Daftar dan terus boleh bergambar.


Party Photobooth | Tagbooth Photobooth 

Eyza tak sempat bergambar kat sini sebab masa sampai tu sibuk nak pergi toilet, pastu buat task lagi kat tingkat 2 sampai lupa nak turun balik ambik gambar kat booth. Tapi Eyza tengok ramai yang bergambar kat situ. Cantik-cantik gambar diaorg. Rugi sangat tak sempat. Excited Eyza tengok dress up masing-masing. Semua ikut tema. Eyza je rasa pakai apa yg ada je.


Ops..lupa plak nak cerita pasal task yang kami kena buat. Setiap orang kena pergi setiap booth, buat task macam tangkap gambar dengan produk, buat video then upload dekat ig atau ig stories. Lepas tu tunjuk kat diaorang dan boleh claim goodies bag. 

Best sangat sebab datang cuma bawak handbag. Balik bawak berbag-bag. Heaven beb.

Kalau ada Butterfly Projects, memang wajib ada Althea Korea. Yes! Althea Korea. Eyza ni dah la memang suka sangat produk dari Althea ni. 


K-Beauty | Althea Korea 


Kami semua dapat barang-barang Althea dan paling best kami dapat produk terbaru iaitu A'Bloom Brow Wow Eyebrow Pencil. Ada 3 pilihan warna iaitu 01-Grey Brown, 02-Dark Brown dan 03-Soft Brown. Nanti bebila free Eyza buat video tutorial ye untuk semua warna Eyebrow ni. Tak sabar nak try tau.

Mini Gallery Voir pun ada kat sini. Eyza ni antara yang suka handbag voir ni. Bilik Voir ni la paling crowded sekali sebab semua sayang nak tinggalkan bilik ni sebab susun atur cantik ditambah pulak dengan barangan voir yang pelbagai dan menarik.



Fashion | Voir Gallery

Eyza pun dapat satu handbag tau. Warna coklat lagi. So cute dan cantik. I love it! Bag ni boleh pegang ala-ala datin dan boleh galas/sling kat bahu sebab dia ada tali panjang sekali.


Kalau snack kudap-kudap Eyza memang suka kekacang dari Signature Market. Selalu Eyza beli online je. 

Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks 

Kat sini baru la Eyza dapat tengok sendiri setiap paket produk ni. Banyak rupanya barangan di bawah Signature Market. Eyza baru tahu. Tapi yang pasti, semua sedap dan menyihatkan. Memang tak rugi la kalau beli.



Eyza suka tengok bunga-bungaan yang ada kat sini. Cantik tau. Eyza pun dapat bawak balik sekuntum. Kami boleh pilih nak warna apa. Eyza ambik kuning. Rare sikit kan. Pink dah biasa.



Flowers | Avantgarde Blooms Flowers 


Eyza ni bukan la penggemar kopi tapi Eyza suka betul Mocha dari Curmudgeon's Brew. Yang paling best tak manis pun tau. Memang menjaga kesihatan sangat. Satu lagi Eyza try coklat. Dan kalau korang nak yg rare, jangan lupa try Peanut Butter. Unik sangat.

Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee


Dah puas jalan-jalan dalam tu, kami pun terus naik ke tingkat 3 untuk makan dan rilek santai sambil dengar nyanyian.



Tempat dia memang santai la. Sambil makan sambil tengok sunset. Pastu borak-borak ngan kengkawan. Rasa macam tengah pergi bercuti gitu. Padahal kat Setia Alam je pun.

Memang sesuai sangat kami minum-minum sambil borak dengan jus dari Lerz. 

Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea



Serius sedap minuman dari Lerz. Eyza sorang je sampai 2 cawan. Memang terasa fresh je bila lalu kat tekak.

Kalau dah minum mesti ada makan kan. Ha.. Bab makan ni bukan Eyza nak puji la. Tapi semua sedap. Sampaikan kenyang betul kami malam tu. Tq Party Caterer buat kitaorang kekenyangan sangat.

Party Caterer | JomParty


Sambil-sambil makan tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari Sidh Haizad Yusuf. Memang best la. 


Dengan party ala-ala taman, dengar lagu live lagi. Rasa tak mau balik. Tapi apakan daya, kena la balik.

Party Live Music | Sidh Haizad Yusoff

Untuk sape yang tak nak balik lagi, diaorang join painting workshop. Eyza n gang terpaksa balik lepas makan dan tak join workshop sebab rumah jauh dan tak nak lewat sangat sampai rumah.

Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd


Serius tak rugi join Butterfly Cochella Party walau agak jauh. Berbaloi dengan semua goodies bag dan dapat jumpa ramai kawan-kawan baru. Tq Tammy dan Butterfly Project sebab anjurkan party yang ohsem. Tak lupa jugak Tq pada Eros (www.fishmeatdie.com)  untuk sebahagian gambar-gambar yang cantik ni.


Thanks jugak untuk semua Sponsor. Happy Me!