2020 - Blog Eyzamiel

19.12.20

Jadi kan Grill Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop Jodoh Anda

Saturday, December 19, 2020 0
Jadi kan Grill Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop Jodoh Anda


GBC Jodoh anda? Ha.. Apa tu GBC? GBC tu Grilled Butter Chicken. The Chicken Rice Shop dah keluarkan balik menu meletup diaorg dulu iaitu Grilled Butter Chicken. Tapi apa kena mengena dengan jodoh pulak kan? Mula-mula Eyza pun tertanya-tanya jugak tapi bila Eyza sendiri rasa Grilled Butter Chicken ni baru Eyza dapat jawapan. 


Kombinasi Ayam yang di goreng dan Grilled Butter memang serasi sangat. Macam pasangan bercinta gitu. 

Grilled Butter Chicken dekat The Chicken Rice Shop ni memang tak muak langsung sebab ada rasa pedas dan manis serta lemak gitu. Susah nak describe sedap dia macam mana. Yg pasti lepas letak kuah butter ayam still Rangup lagi. 


Ada 3 pilihan Set yang kita boleh pilih. Eyza tadi pilih Set A untuk seorang makan. Tu pun Eyza rasa portion dia besar. Share berdua dengan Husband baru habis. Dalam set ni juga kita boleh add on Boba Drinks dengan Mantou. 


Sekarang ni The Chicken Rice Shop tengah buat Peraduan GBC Jodoh Anda. 10 pemenang bertuah akan di pilih untuk memenangi Baucer dari The Chicken Rice Shop. Cara nak sertai pertandingan ni Mudah je. 



Ikut je step-step kat bawah ni:

1. Muat turun penyertaan anda di salah satu media sosial iaitu Instagram Feed / Instagram Stories / Facebook atau Tik Tok. 

2. Syarat kedua kena beli Grilled Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop dan ambil gambar hidangan tersebut. 

3. Buka Instagram Stories anda dan cari Filter "FAKE VIDEO CALL". 

4. Pilih gambar Grill Butter Chicken dengan klik "Add the Photo / Add the Media". 

5. Muat naik video tersebut di salah 1 media sosial seperti di atas. 

6. Pasti kan anda tag @TheChickenRiceShop dan letakkan tanda pagar #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken di posting anda. 

7. Pasti kan Posting anda dibuka untuk Public. 


So, tunggu apa lagi. Jom la kita ke The Chicken Rice Shop. Jangan lupa pesan Hidangan Grilled Butter Chicken dan join contest ni. Mana tau rezeki menang baucer pulak nanti. 

Facebook
https://www.facebook.com/thechickenriceshop

Instagram
https://www.instagram.com/thechickenriceshop/?hl=en

#TheChickenRiceShop
#TCRS
#GrilledButterChicken
#JadikanGBCJodohAnda


29.11.20

Whitekish Magic Charcoal Memutihkan Gigi Seawal 1 Minggu

Sunday, November 29, 2020 0
Whitekish Magic Charcoal Memutihkan Gigi Seawal 1 Minggu
Senyum kan sedekah. Tapi kalau gigi kuning kita pun akan jadi kurang keyakinan untuk senyum selalu. Tambah-tambah kalau kita jumpa orang yang bergigi cantik dan putih.

Salah satu cara yang kita boleh guna untuk putihkan gigi adalah dengan menggunakan Arang. Serbuk arang ini dipercayai berfungsi seperti magnet yang mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid di gigi. Ia tidaklah merbahaya kerana ianya tidak beracun dan tidak mempunyai bahan-bahan yang berbahaya. 


Sekarang ni dah tak perlu bersusah payah beli arang dan jadikan serbuk sebab ada Whitekish Magic Charcoal. Whitekish Magic Charcoal adalah produk penjagaan gigi buatan Malaysia. Dengan hanya sekali penggunaan, sudah nampak perbezaaan



Whitekish Magic Charcoal merupakan serbuk arang atau activated charcoal yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu arang dari tempurung kelapa. Ianya dapat membantu membersihkan gigi dan masalah bau mulut dengan menyerap bakteria dan "food chemical" di dalam mulut. 


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi kita kuning. Bukan sebab merokok sahaja. Punca-punca gigi kuning ialah:

1 Faktor usia yang semakin lanjut di mana merupakan sebahagian dari proses penuaan. 

2 Perokok

3 Tidak mengambil berat kebersihan gigi dan mulut.

4 Pengambilan ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan akan menyebabkan gigi berubah warna. 

5 Menghidap penyakit yang menjejaskan enamel atau menjalani rawatan penyakit tertentu seperti kemoterapi. 

6 Mewarisi daripada ahli keluarga.

7 Pemakanan. Biasanya berlaku pada mereka yang menggemar kopi atau teh menyebabkan perubahan warna pada gigi. 


Cara yang Betul Mengguna Whitekish

Sebagaimana yang hangat diperkatakan, penggunaan arang yang berlebihan akan menyebabkan enamel gigi akan menipis. Akibat daripada enamel yang menipis akan menyebabkan gigi kita akan senang merasa ngilu. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi adalah penting untuk mengetahui cara penggunaan arang dengan betul untuk membersihkan gigi kita. 

Siapa yang Perlu Menggunakan Whitekish?

Whitekish Magic Charcoal diformulasikan untuk mereka yang mempunyai masalah seperti :


• Gigi kuning

• Mulut berbau

• Gusi berdarah


Fungsi Whitekish Magic Charcoal


• Membersihkan gigi

• Membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau

• Meneutralkan tahap pH dalam mulut dan menyegarkan mulut

• Membantu meredakan gusi bengkak dan berdarah



Whitekish Magic Charcoal

• Diperbuat dari 100% bahan semulajadi iaitu arang aktif (activated charcoal) dari tempurung kelapa (coconut shell) yang dibakar mengikut piawaian makmal. Ia tidak mempunyai bahan penghakis (peroxide) yang boleh merosakkan gigi. 

• Diluluskan oleh KKM. NOT200700100K.

• Buatan Malaysia

• Pengeluar oleh Mazinesor Resources (RKay Empire HQ) 

• Kesannya boleh dilihat seawal seminggu dengan penggunaan yang betul

• Satu bekas 10gm

• Menggunakan teknologi daripada Jepun

• Harga :

* West Malaysia - RM89.90

* East Malaysia - RM99.90

• Simpan pada suhu bilik


Untuk minggu pertama, anda boleh gunakan dua kali sehari. Selepas minggu kedua, sudah cukup dengan dua kali seminggu sahaja. 



Whitekish diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Bahan yang digunakan ialah arang aktif daripada tempurung kelapa. Since ianya adalah 100% semulajadi maka produk ini tidak mengandungi bahan penghakis (peroxide) malahan mendapat kelulusan daripada KKM 


WEBSITE : 

Berminat?

CALL/SMS/WHATSAPP :
0178898878

#Whitekish #WhitekishJm #Jamumall #WhitekishFeedback 

21.11.20

Diamond Dolly Booster Essence Moisturizer terbaik untuk kulit muka

Saturday, November 21, 2020 0
Diamond Dolly Booster Essence Moisturizer terbaik untuk kulit muka
Sekarang ni Eyza memang tak sempat langsung nak jaga kulit muka macam sebelum ni sampaikan kulit muka jadi kering. Dah la bertugas kat Pusat Kuarantin, lagi la kulit ni tak terjaga. 

Sebelum ni kan Eyza selalu pergi The Beauty Expert Spa dekat Cheras tu tapi sbb busy dan PKPB terus dah tak pergi. Tak pergi pun, kita still wasap dengan Kak Mas owner spa tu. Bagitau masalah kulit Eyza dan dia suggest suruh cuba RoyalQ Asia Diamond Dolly Booster Essence Moisturizer. Dah dapat saranan dari orang yang tahu selok belok kecantikan ni, lagi la eyza confident nak guna.


So, Eyza pun try la. Diamond Dolly Booster Essence (DDBE) merupakan produk muka dengan 4 formulasi dalam 1 botol iaitu Essence, Serum, Moisturizer dan Booster. DDBE dengan formulasi terkini mampu memberikan hasil yang terbaik pada muka apabila ianya bertindak dalam 4 fungsi.


Diamond Dolly Booster Essence mengandungi:

1. Chamomilla Recutita Extract
-Berfungsi untuk melegakan kulit yang mengalami radang dan meredakan kulit yang sensitif

2. Cucumis Sativus
-Berfungsi membaiki kulit yang rosak dan kering dengan menjadikan permukaan kulit lebih lembut dan licin. Ekstrak ini sangat baik untuk membaiki kulit yang surnburn terutamanya PH value ekstrak ini juga sesuai dengan kulit kita.

3. Asparagopsis Armata Extract
-Merupakan Red Alga yang sering dijumpai di kawasan Pedalaman Lautan India dan Pasifik. Ekstrak ini sangat bagus untuk melindungi kulit dari sinaran radiasi merbahaya.

4. Saponaria Officinalis Herb
-Mengandungi flavonoids dan Vit C untuk menenangkan kulit dan menghilangkan kegatalan pada muka.

5. Humulus Lupulus
-Bersifat sebagai antimicrobial dalam alam semulajadi. melindungi kulit dari persekitaran luar, dimana ianya memelihara kelembapan kulit dengan menjadikan kulit kekal lembap dan lembut.Ianya juga membantu menanggalkan lapisan kulit mati dari epidermis dan membersihkan kulit.

6. Avena Strigosa Seed Extract
-Dikenali sebagai Black Oats. Ekstrak ini mengandungi bahan yang mampu menampung air dalam kulit. Proses penghidratan secara semulajadi dapat diransang dan dikuatkan.


Kelebihan dan manfaat DDBE:
- sangat sesuai untuk kulit yang sensitif dan yang mengalami radang
- membaiki kulit yang rosak, kering dan surnburn
- melembutkan kulit dan melicinkan kulit muka
- melindungi kulit dari sinaran radiasi berbahaya
- menghilangkan kegatalan pada kulit muka
- menanggalkan lapisan kulit mati
- mengekalkan kelembapan kulit
- melindungi kulit dari bakteria berbahaya
- meningkatkan hidrasi dalam kulit


Cara guna:
Gunakan hujung jari dan sapu 2-3 titik pada muka dan leher secara membulat


Serius Eyza suka sebab setiap malam sebelum tido Eyza akan sapu DDBE. Esok pagi bila bangun muka akan jadi lembut dan lembap je. Rugi tau kalau korang tak try. Kalau korang jenis eyza yang malas nak sapu 2, 3 benda kat muka disarankan pakai je DDBE. Sapu 1 produk je terus kulit cantik.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi:

Whatsapp : 013-2576447 / 03-95467094


27.10.20

Rakyat Malaysia akan Mala-tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown!

Tuesday, October 27, 2020 0
Rakyat Malaysia akan Mala-tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown!
Ayam Goreng Mala terbaharu Marrybrown menjanjikan pengalaman berapi!

Sape suka Ayam Goreng? Kebanyakan Rakyat Malaysia ni mesti suka kan? Eyza ni boleh dikatakan peminat tegar Ayam Goreng Marrybrown. Tambah-tambah bila Marrybrown baru je buka cawangan terbaru diaorang dekat je dengan area rumah. Bertambah-tambah senang la Eyza nak beli Ayam Goreng kegemaran. Ok, jangan cakap bab diet bila ada Ayam goreng Marrybrown ni. Hihihi.

                                  


Ni ada 1 lagi berita yang best untuk penggemar Ayam Goreng Marrybrown. Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.

Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!

Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.

 

"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua. 

“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.”

 

Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.

 

Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan!

 

Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama  kentang goreng  Mala yang unik.

 

Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!

 “Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.

 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!


Serius weh Ayam Mala-tup ni betul-betul Meletop! Pedas tapi sedap. Tambah-tambah bila kita gabungkan dengan Bubur Ayam Marrybrown, bertambah-tambah meletop wei. Rugi kalau korang tak try Menu ni. Eyza tengah taip ni pun dok terasa lagi kesedapan dan kepedasan Ayam Mala-top bergabung dengan Bubur. Yummy.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Twitter: MarrybrownMY

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/




24.10.20

SHARIFAH SHAHIRA JUMPA RAHSIA BANTU SAKIT LUTUT IBUNYA

Saturday, October 24, 2020 0
SHARIFAH SHAHIRA JUMPA RAHSIA BANTU SAKIT LUTUT IBUNYA

Rupanya dah lama aktres dan penyampai radio popular, Sharifah Shahira mencari produk yang boleh melegakan sakit lutut ibunya.


“Jadi ini berita gembira buat ibu saya. Tapi saya sebenarnya juga sudah kena belajar pakai benda ini. Umur macam saya ini, kena ambil tahu. Lainlah orang badan ringan tetapi keturunan saya pula badan besar, berat, jadi mudah sakit lutut.


“Kalau saya berjalan pun dah pakai selipar. Buat show pun pakai selipar. Takut kena effect bila ramai orang tua selepas umur 50 ke atas atau wanita menopaus, mudah sakit-sakit lutut. Tapi Alhamdulillah tahun 2020, saya terjumpa produk ni.


“Mulanya beli untuk mak, sebab dia susah nak bangun dari duduk. Nak bergerak pun perlahan sebab nak adjust tulang-tulang. Tapi saya pun pakai,” kata Sharifah Shahira tentang produk Gel Amani.


“Tapi jangan harap sekali pakai, terus baik. Kena pakai hari-hari, insyaAllah akan lega dan sakit semakin kurang,” katanya yang turut menggunakan Gel Amani buat suaminya, Ijoy Azahari yang gemar bermain golf.


Bukan setakat Gel Amani, nampaknya Sharifah Shahira juga mengambil Pati Jus Amani yang mengandungi madu, kurma, delima, minyak zaitun dan habbatus sauda sebagai rutin hariannya.


Katanya, Pati Jus Amani mudah diambil kerana siap sedia diminum tanpa perlu dibancuh dengan air.


Senang makannya, buka dan makan. Sebagai wanita berkarier, mana ada masa sangat.


“Pati Jus Amani ini bagus untuk membantu menambah tenaga saya. Umur macam saya lebih 40 tahun ini kena mesra dengan produk begini. Nak bertenaga dan saya pula suka pot pet pot pet, maka saya perlukannya. Yang penting tiada gula, jangan risau dan mereka yang ada kencing manis pun boleh makan Pati Jus Amani,” katanya menerusi satu rakaman video.


Menurut Pengarah Urusan Amani Life Sdn Bhd, Leo Adiputra, produk Gel Amani telah membantu hampir sejuta pengguna sejak dikeluarkan pada 2014 dan dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh komuniti Eropah.


Anda boleh dapatkan produk Amani dari ejen-ejen online dan kedai jamu di seluruh negara.


KENAPA PERLU MEMILIH GEL AMANI ?


✅ Telah membantu hampir 1 juta pengguna sejak tahun 2014


✅ Dijamin selamat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di bawah kategori ubat traditional. Nombor kelulusan : MAL17086021TC


✅ Dijamin HALAL oleh JAKIM. Nombor sijil halal : MS2424:2012


✅ Dihasilkan dengan teknologi biotech yang disokong oleh kominiti Eropah. Mematuhi piawaian antarabangsa untuk menjamin mutu dan kualiti.


✅ Mudah dibawa kemana-mana kerana disimpan dalam botol plastik yang ringan dan tak mudah pecah sehingga boleh dimasukkan ke dalam poket seluar.


✅ Rasanya yang sejuk berangin sangat selesa pada kulit membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat usia.


✅ Berbentuk cecair, mudah kering tanpa kesan melekit.


✅ Harganya berbaloi dan tidak membebankan : RM35 (30ml) & RM60 (60ml).


Untuk dapatkan produk ini atau ingin tahu dengan lebih lanjut boleh layari Facebook



23.10.20

Pengalaman Menjadi Petugas ( Frontliners ) Untuk Covid-19

Friday, October 23, 2020 0
Pengalaman Menjadi Petugas ( Frontliners ) Untuk Covid-19

Assalammualaikum.. Dah lama jugak Eyza tak menulis kat sini. Macam-macam yang dah jadi sepanjang Eyza menyepi kat Blog. Memandangkan sekarang Virus Covid-19 makin teruk, Eyza memang busy sangat.

Satu Dunia terkesan dengan Wabak Covid-19 sekarang ni. Tak terkecuali kita kat Malaysia ni. Walaupun ada juga yang kata ni semua propaganda je, tapi kami sebagai petugas kesihatan memang hari-hari akan jumpa kes yang positif. Lantak la orang nak percaya ke tak. Moga Allah lindung kita semua dari wabak ni.

Eyza mula terlibat menjadi Petugas untuk Covid-19 kalau tak silap dalam Bulan Feb 2020. Sebelum tu Eyza cuma uruskan dekat pejabat je, tak perlu turun lapangan. Bila kes makin banyak, memang perlukan ramai petugas turun.  Bohong la kalau kata tak takut. Eyza takut sebenarnya. Mula-mula nama naik, memang tak nak. Macam-macam yang Eyza fikir.

Tapi, selepas Eyza timbangkan masak-masak dan fikirkan staff yang tak cukup, Eyza pun turun lapangan. Lagipun sebagai staff kesihatan, memang kena bantu team yang ada. Pertama kali turun macam-macam yang Eyza fikir. Siap bawa baju spare. Habis je tugasan, terus balik mandi dekat pejabat. Risau ada virus yang terlekat di baju ke apa. 


Pengalaman yang paling Eyza akan ingat bila kami semua turun lapangan untuk saringan di Chow Kit. Pertama di Pasar Chow Kit dan kedua di Wisma Hock Ann. 2 tempat ni yang bagi Eyza paling mencabar sebab Panas dan masa tu pulak Bulan Ramadan. Hanya Allah je yang tahu perasaan kami dengan pakai PPE yang panas, tengah berpuasa dan kena berjalan ke sana sini di tengah Panas. Baju kat dalam tak payah cerita la, memang lencun habis.



Dekat Wisma Hock Ann pun Bulan Ramadan jugak. Ni palinggg sangat mencabar. Dengan pakai Full PPE dan Mask N95, kami semua kena menapak naik tangga bangunan setinggi 14 tingkat. Bayangkan pakai PPE Panas dengan Mask tebal naik tangga. Eyza nyaris rasa  rasa nak pengsan sebab kurang oksigen. Akhirnya Eyza terpaksa tarik turun sikit mask, bagi oksigen masuk dan duduk tepi tarik nafas. Lega rasanya bila boleh bernafas balik.

Ada antara kawan2 yang dah muntah dan pengsan. Alhamdulillah, Eyza masih mampu selesaikan tugas masa tu. Allah je tahu perasaannya bila semua dah selesai.


Bagi Eyza pengalaman menjadi petugas untuk Covid-19 ni memang tak ternilai. Benda ni boleh dijadikan kenangan tahun 2020. Sampai sekarang kami masih bertugas, cuma bezanya sekarang kami bertugas di Hotel-hotel Kuarantin.


Alhamdulillah, makin lama Eyza dah makin suka turun lapangan. Walau berisiko, kita Tawakal je pada Allah. Dalam masa yang sama, kita amalkan SOP yang betul dan cara membuang PPE dengan betul bagi mengelakkan jangkitan. InsyaAllah kita terhindar dari jangkitan.


Tak banyak kami harapkan, just semua orang jaga diri, jaga SOP dan kalau tak ada apa2 urusan kat luar duduk je kat rumah. Kes dah makin banyak. Petugas kesihatan pun dah makin ramai yang kena kuarantin.


Sekarang ni KL, Selangor dan Putrajaya tak boleh rentas Daerah. Ramai yang kena kerja dari rumah. Kami yang petugas kesihatan memang tak dapat WFH, memang kena kerja. Cuti pun dibekukan. Harap semua ni cepat berakhir. Eyza pun sepatutnya hujung bulan ni balik kampung, tapi dengan kenaikan kes sekarang ni rasanya memang tak dapat.


Moga kita semua terpelihara dari wabak Covid 19 ni. Stay safe semua.

#KitaJagaKita

19.8.20

Membeli belah lebih mudah di Pg Mall

Wednesday, August 19, 2020 0
Membeli belah lebih mudah di Pg Mall
Zaman sekarang ni semua serba canggih. Dengan Smart Phone je kita boleh shopping macam-macam barang. Eyza ni boleh dikatakan seorang yang tegar bab-bab shopping online ni.  Salah satu laman Web online yang selalu Eyza shopping ialah Pg Mall. 



Pg Mall boleh dilayari di www.pgmall.my. Ianya merupakan Malaysia No 1 e-commerce platform sejak tahun 2017 Dan satu-satu ya platform tempat an di Malaysia.

Pg Mall juga menduduki tempat ke 3 dalam ranking e-commerce site di Iprice Insight Report https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/. Dekat Pg Mall kita boleh bayar melalui e-wallet & payment gateway.




NESTLE TOP SPENDER

Eyza terpaling suka beli barangan dari NESTLE dekat Pg Mall ni sebab dengan pembelian RM 80 minimum, kita akan dapt potongan RM 8. Jimat tu.

Selain dari tu, kita juga berpeluang untuk menjadi 16 pemenang mingguan Dan memenangi RM 50 Grab + Baucer Pg Mall atau memenangi hadiah bulan an (3 org) dan mendapat RM 100 Grab + Pg Mall Baucer.

Bagi penggemar koleksi MILO boleh beli MILO dengan Tin Limited Edition kat sini.




Selain tu, boleh juga beli barangan Nestle yang lain seperti:





Korang juga boleh tgk promosi untuk Bulan ogos dekat https://pgmall.my/nestle-top-spender-august




 Shake the world


FREE RM3 for NEW sign up users
1) Applicable for new shoppers only
2) Limited to One (1) time redemption
3) "Shake the world" up to Two (2) times per day (Before and after 12:00 PM)
4) Get PG Mall C-Wallet and attractive promo vouchers to redeem


Whats in the box
Limited to One (1) time “open the box” everyday
Get PG Mall C-Wallet daily

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Whatsinthebox #Shaketheworld #Nestletopspender #Nestle #Milo #Kitkat #Nescafe

Maklumat lanjut boleh layari:

       Website: https://pgmall.my/

5.7.20

Makanan Berkonsepkan Fusion di Restoran Sana Sini yang terletak di DPulze Shopping Centre Cyberjaya

Sunday, July 05, 2020 1
Makanan Berkonsepkan Fusion di Restoran Sana Sini yang terletak di DPulze Shopping Centre Cyberjaya
Assalammualaikum n hai. Lama Eyza tak buat Review makanan kan? Mesti ada yang nak tahu kat mana pulak Eyza makan-makan kali ni. 

Kali ni Eyza sempat ke D'PULZE SHOPPING CENTRE yang terletak di Cyberjaya. Dalam ni memang banyak pilihan makanan. Salah satu Restoran yang Eyza akan singgah tiap kali ke sini ialah Restoran Sana Sini. 

Apa yang buatkan Eyza tertarik nak masuk Restoran ni ialah first sebab deko dia. Org kata pandangan pertama kekadang akan buat kita jatuh cinta kan? Ha, macam tu la dengan Eyza. Pandangan pertama je terus rasa nak masuk. 

Dekat dinding ditampal dengan tampi padi yang jerami tu dan di cat warna putih. Ada satu ruang dinding diletakkan tingkap dan pintu kayu rumah lama dulu-dulu. Dekat kaunter diletakkan tin biskut timbang macam zaman kita kecik-kecik. Nostalgia sangat. 


Untuk keluarga yang bawa anak-anak jangan risau sebab dekat sini ada ruang permainan untuk anak-anak.Mesti diorang tak bosan. Dah penat main, bolehlah makan aiskrim dan popcorn yang diberi secara percuma. Wow, best kan? 



Bila buka je menu, Eyza agak terperanjat sebab ada banyak pilihan makanan yang berkonsepkan fusion kat sini sampaikan Eyza sendiri tak tahu nak makan apa. 

Antara Menu yang ada kat sini ialah:

 *Menu Sana Sini*
1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Papper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice

Salted Egg Yolk Squid Rice

Curry Laksa Noodle

Pineapple Seafood Fried Rice

Spagetthi Aglio Olio With Seafood

King Prawn Kway Teow With Ginger and Egg

Classic Chicken Carbonara

Nasi Ayam 7 adik beradik



Bukan saja pilihan makanan yang pelbagai. Pilihan air pun banyak. Dah la datang dalam gekas besar, puas hati sangat. Kenyang betul makan kat sini sebab portion besar dan harga sangat berpatutan.




Kalau korang memang merancang nak berjalan-jalan sekitar Cyberjaya, jangan lupa untuk singgah makan dekat Restoran Sana Sini ni. Kami-kami semua pun happy sebab makanan sedap dan kenyang sangat. Alhamdulillah. 


Restoran Sana Sini
*Alamat* : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.