2021 - Blog Eyzamiel

31.12.21

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan

Friday, December 31, 2021 0
Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan
Assalammualaikum.

Eyza pernah susah hati sebab Anggun ni susah nak makan. Allah, sebelum ni nak bagi makan macam nak pergi berperang. Kena lari untuk kejar dia makan. Dapat bagi makan sesuap dua pun Eyza dah bersyukur sangat. 

Eyza ni dah la tak ada pengalaman. Risau sangat bila anak tak nak makan ni takut dia kekurangan zat ke apa nanti. Sebab kurang pengalaman, Eyza pun tanya kawan-kawan macam mana nak buat bagi anak makan. Tak banyak pun tak apa, janji dia makan sampai kenyang. 

Ramai kawan-kawan yang suggest ambil Bonnisan Himalaya. Eyza pun google dan terjumpa banyak juga testimoni yang positif pasal produk ni.


Rupanya Bonnisan Himalaya ni dapat meningkatkan selera makan, menggalakkan penambahan berat badan dan pertumbuhan yang sihat.

Kebaikan Bonnisan Himalaya

  1. Perangsang selera makan yang berkesan.
  2. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
  3. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
  4. Membantu penambahan berat badan.
  5. Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
  6. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.

Bonnisan Himalaya ni selamat, ada kelulusan KKM dan 100% Halal.


Cara nak minum:

Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh 
Anak umur 2 tahun :  2 - 3 sudu teh 
(untuk 3-4 kali sehari selepas makan)

*Goncang dulu sebelum minum
*simpan di tempat kering 
*tak perlu letak dalam peti sejuk (simpan pada suhu bilik)


Produk Himalaya memang bagus sangat. Sebelum ni, Eyza pernah makan supplement untuk wanita jenama Himalaya ni. Berkesan sangat sebab period jadi lancar. Sebab tu Eyza tak was-was untuk guna Bonnisan untuk Anggun.

Bonnisan ni berbentuk cecair dan berperisa macam mint gitu. Bagi Anggun yang agak susah nak makan ubat, Eyza campurkan dengan air putih dan bagi pada Anggun. Mula-mula muka dia pelik, tapi lepas tu dia suka pulak. Maybe sebab dia rasa berangin kut dalam mulut.


Sebelum ni Anggun susah nak makan dan bila membuang najis dia keras. Bila try Bonnisan ni Alhamdulillah dua2 masalah ni selesai. Sampai kadang-kadang kita yang risau tengok dia makan tak berhenti. Hahaha. Mak-mak kan macam tu. Anak tak nak makan risau, makan banyak pun risau takut muntah.


Himalaya Bonnisan ni boleh dibeli di website Himalaya ataupun farmasi terdekat. Eyza suka pergi terus je ke kedai Himalaya. 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni:

23.12.21

Bercuti di Kuala Lumpur pun Best!

Thursday, December 23, 2021 0
Bercuti di Kuala Lumpur pun Best!

Assalammualaikum... 


Lama betul tak menulis. Sekejap je rasa dah nak habis Tahun 2021 ni. Tahun ni berlalu macam tu je sebab Covid-19. Kalau sesiapa yang follow FB Eyza mesti tau yang Eyza ni salah seorang Petugas Untuk Covid-19. 


Allahu.. Covid-19 ni betul-betul menguji mental dan fizikal kita semua. Dah lama rasanya Eyza tak bercuti yang betul-betul bercuti ni. Alhamdulillah sekarang ni Border dah buka dan kes pun dah makin menurun. Dapat la Eyza berehat sikit dari kesibukan kerja.


Walau sempadan dah buka, tapi Eyza dengan Hubby rancang nak bercuti dekat-dekat dulu sebab kitaorang just nak spend more masa berdua dengan anak kami. Kesian dia. Since Mama dengan Abah busy, just dapat bermanja sekejap-sekejap je.


Sejak kebelakangan ni, permintaan untuk menginap di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur pun dah meningkat naik. Dalam Kuala Lumpur ni banyak je hotel-hotel dari Satu Bintang sampai lah Lima Bintang. Eyza ada survey 2 hotel in Kuala Lumpur yang memang Eyza teringin lama dah nak stay kalau kat KL ni.  


The Ruma Hotels Dan Residences


Kalau ada bajet lebih Eyza nak stay dekat The Ruma Hotels Dan Residences  sebab ramai yang suggest Hotel ni kalau Untuk Hotel 5 Bintang yang lengkap dengan semua ciri Eyza nak. Eyza suka sebab hotel ni ada sentuhan Chic dan Moden. Hotel ni terletak hampir dengan KLCC, Pavillion dan Jalan Bukit Bintang. Kalau Eyza stay kat sini, dah tentu la Eyza nak bilik yang nampak KLCC. Bestnya dapat berehat kat sini. Lupa sekejap la penat lelah serta hiruk pikuk dunia luar tu.



Dekat sini ada Gimnasium yang beroperasi 24 Jam. Kolam Renang Infinity, Tempat makan Premium, Spa dan macam-macam lagi la selain dari dapat menikmati Sarapan pagi dengan variasi yang berbeza. Menawarkan 219 Buah Bilik dan dan 34 Suites.



Bilik Hotel kat sini pula diilhamkan dengan Seni Warisan Malayisa beraspekkan kolonial sebab dapat tengok dengan jelas di setiap sentuhan bilik yang terdapat di sini. Secara tak langsung ni dapat buatkan pelancong memahami seni dan budaya Malaysia.





Eyza selalu akan booking hotel dekat Traveloka sebab ada banyak pihan hotel dengan harga yang sangat berpatutan berbanding website lain. Macam The Ruma Hotels Dan Residences ni Eyza dapat cuma RM 5++ berbanding website lain yang cecah dalam 600 lebih macam tu untuk satu malam. Jimat banyak. 


Selain dari The Ruma Hotels, Eyza teringin jugak nak stay dekat Tamu Hotel yang terletak di Kg. Baru. Hotel ni dekat sangat dengan pejabat lama Eyza tapi belum pernah sekali pun Eyza stay kat sini.

 

Tamu Hotel & Suites


Bagi Eyza Hotel Tamu ialah Hotel yang menawarkan Bilik dan Kolam view KLCC dan Menara Kuala Lumpur tapi dengan harga yang murah. Kalau nak dapat murah, Eyza memang akan book dengan Traveloka sebab selalu ada hotel promo.


Bilik dekat sini ada Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite dan Executive Suite untuk kita pilih. Kalau ramai kita boleh pilih suites sebab facilities apartment dengan satu, dua atau tiga bilik.






Salah satu sebab Eyza pilih hotel ni ialah infinity pool yang ada kat sini. Boleh santai-santai berenang sambil tengok pemandangan KLCC. Heaven sangat untuk kita tenangkan fikiran.



Tambah-tambah Hotel ni betul2 terletak di tempat tumpuan makanan utama di Kuala Lumpur ni iaitu di Kg. Baru. Bagi penggemar makanan macam aku, Kg. Baru ni memang syurga makanan bagi kami. Senang sangat sebab boleh akses dengan berjalan kaki je. Lapar je turun bawah pergi tapau. Nak ke Masjid Kg. Baru pun dekat.

Kalau menginap dekat area Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik yang kita boleh pergi. Walau orang kata, Kuala Lumpur ni Hutan Batu tapi banyak tempat yang Eyza boleh bawak Anggun jalan-jalan. Lagipun dua hotel pilihan Eyza ni memang di tengah Bandar dan senang nak akses ke mana-mana pun.

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Aquaria KLCC


Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini dekat sahaja dengan Menara Berkembar Petronas. Jadi alang-alang dah tengok kehebatan menara ciptaan manusia ini, singgah pula untuk melihat kehebatan alam ciptaan tuhan.

Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak. Di sini, anda boleh berdiri sahaja seperti eskalator mall. Anggun mesti happy kalau dapat datang ke sini. 

Sunway Lagoon


Taman tema Sunway Lagoon ini bukan sahaja luas ya amat, tapi juga sudah menang banyak anugerah antarabangsa. Kalau dalam Malaysia, ini antara taman tema power. Sebabnya 1 tiket bagi anda masuk ke 6 taman tarikan sama-sama.

Menara Kuala Lumpur


Benda paling asas anda boleh buat di Menara Kuala Lumpur ialah ke kawasan Observation Deck dan tengok panorama KL dari teropong. Lepas tu, kalau dah penat boleh makan tengahari, Hi-tea atau malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur.

Taman Burung Kuala Lumpur


Lokasinya di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kawasannya dalam sangkar burung yang dibuat dalam hutan hujan tiruan. Saiznya, 20.9 ekar.

Dan penghuninya — burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

Selain tu banyak lagi tempat menarik lain sekitar Kuala Lumpur untuk kita beriadah bersama keluarga macam Taman Botani, Air Tejun Kemensah, Taman Tema di Times Square.

Tak sabar rasanya nak menginap dekat hotel pilihan Eyza ni. Tapi sekarang ni dah confius. Nak pilih The Ruma atau Hotel Tamu? Ke uolls ada cadangan hotel lain yang best sekitar Kuala Lumpur? Jom la share dengan Eyza.



16.9.21

Pengalaman Swab Test dan Kuarantin buat kali ketiga

Thursday, September 16, 2021 0
Pengalaman Swab Test dan Kuarantin buat kali ketiga


Assalammualaikum... Selamat Hari Malaysia semua..

Sempena Hari Malaysia hari ni Eyza dan kawan-kawan kena buat swab test sebab ada membe opis yang positif. Kami semua jadi contact rapat sebab waktu makan buka mask. Walau x duduk dekat sgt, tapi sebab aircond semua yg ada kena buat swab test dan kuarantin.

Ni dah kali ketiga kena cucuk hidung. Tapi kali ni paling lama sebab kena kuarantin dari 16hb sampai 24 September. Allahu. Moga yang baik2 je utk kami semua. Dah rindu anak ni. Lambat lagi nak 24hb. Nangis..

1.6.21

Tempah Bantal Cantik dan Ceramic Tiles Bergambar dekat Printcious.com

Tuesday, June 01, 2021 0
Tempah Bantal Cantik dan Ceramic Tiles Bergambar dekat Printcious.com
Assalammualaikum...

Eyza ni jenis yang suka sangat letak gambar dekat rumah. Bila dah ada anak ni lagi la semangat sebab rasa semua gambar dia nak cetak. Perangai mak-mak ke ni ye? Hahaha


Cetak gambar dan masukkan dalam frame macam dah biasa. Kali ni Eyza nak abadikan gambar raya family dekat sesuatu yang lain pulak. Cari-cari dalam Printcious.com jumpa bantal comel ni dengan Ceramic Tiles. Eyza pun decide nak cetak gambar raya hari tu kat 2 jenis ni.


Eyza pun klik dan masukkan gambar, edit text trs submit order. Selalunya kalau cetak2 macam ni lambat. Memang tak sangka sangat dapat parcel dalam tempoh 3 hari je. 


Kualiti pulak tak payah cerita la. Memang terbaik. Setakat Eyza tempah kat Printcious ni memang Eyza puas hati. Gambar tak pecah, sharp dan yang paling penting barang sampai macam yang kita nak. Kalau tak silap Eyza ni dah kali ke6 eyza tempah kat sini. Kualiti the best la bagi Eyza.Memang tak menyesal tempah kat sini. Kalau nak tengok cara tempah boleh klik Sini

Bukan setakat ada bantal dan Ceramic Tiles, macam-macam lagi ada kat sini. Boleh tempah Mug, Tshirt, Thermos dan macam-macam la. Try masuk web dia, sure rambang mata.


Maklumat lanjut atau untuk tempah boleh ke:


19.5.21

Senang sangat nak Tempah T-SHIRT Dan CANVAS ikut citarasa kita dekat Printcious.Com

Wednesday, May 19, 2021 0
Senang sangat nak Tempah T-SHIRT Dan CANVAS ikut citarasa kita dekat Printcious.Com
Assalammualaikum.

Sekarang ni nak keluar mana-mana pun takut sebab kes Covid-19 dekat Selangor dan KL tinggi sangat. Hari ni je dah cecah 6 ribu lebih kes seluruh Malaysia. Eyza sekarang memang banyak beli online dari pergi kedai. Kalau tak betul-betul mendesak memang duduk rumah je la.

Tahun ni tahun pertama Eyza sambut Syawal dengan Anak Eyza. Alhamdulillah setelah bertahun-tahun raya berdua je dengan suami. Bila dah ada anak ni dah tentu la kita teruja nak buat macam-macam persiapan raya untuk dia.

Tahun ni Eyza dh plan nak buat Baju T-Shirt untuk 1 Family selain dari Baju Raya kitaorang. Cari punya cari Eyza pun jumpa la khidmat printing baju tshirt dengan Printcious.com. Eyza pun decide nak print dekat sini sebab ada sekali rompers baby. Eyza pun terus la design untuk baju Anggun.


Sekarang ni pulak tengah ada promo untuk Fathers day. Kalau nak cari hadiah untuk ayah, masa ni la yang sesuai. Mesti orang yang kita sayang happy kan bila dapat hadiah yang direka khas untuk kita je. Nak lagi best kalau ada gambar 1 keluarga sekali.


Ok, jom kita tengok T-shirt. Eyza baru pilih Tshirt untuk Eyza, Hubby dan Anggun. Semua cantik-cantik sampai rambang mata la.



Ni antara design yang Eyza berkenan nk buat. Tapi kena minta approval Husband dl, kalau on terus order untuk printing malam ni jugak. Hihihi. Nampak sangat tak sabar kan. Nak tengok design T-Shirt boleh klik Sini




Selain T-Shirt, Eyza berkenan jugak nak buat Canvas. Gambar Anggun banyak sangat dalam Fon. Nak jugak la abadikan dalam Canvas dan letak dekat rumah. Ni pun sama, banyak design yang cantik. 



Eyza pilih design ni sebab Eyza rasa comel. Ada bajet nanti nak buat design lain pulak. Nak tengok design canvas klik Sini

Dekat sini jugak bukan setakat ada T-shirt dengan Canvas, ada juga Mug, Bantal, Door Gift, Corporate Gift dan Macam-macam la. Boleh buat hadiah atau pakai sendiri. Percaya la korg pun akan rambang mata macam Eyza jugak nanti. Kalau korang nak tengok design lain yang cantik-cantik boleh tengok dekat https://www.printcious.com/my/ dan kalau nak beli banyak untuk Door Gift atau Corporate Gift boleh tengok dekat https://www.printcious.com/my/bulk-order .Ok, selamat rambang mata macam Eyza jugak ye.

23.4.21

Realme Will Be Making a Season 3 Grand Launch for all your favourite AiOT!

Friday, April 23, 2021 0
Realme Will Be Making a Season 3 Grand Launch for all your favourite AiOT!



In conjunction with Hari Raya festivities, realme will be launching a total of seven new AIoT devices ranging from earbuds, bluetooth speaker, lifestyle products and wearables. All seven devices will bring you to a whole new Dare to Leap experience as you’ll be more stylish and trendy. realme will broaden its audio field and Malaysians can expect amazing audio quality from realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo as well as realme Cobble Bluetooth Speaker thanks to its Bass Boost+ technology and many more.



In terms of wearable devices, realme will be bringing its realme Watch 2 with 90 sports mode, large screen and strong battery life. To bring out the personality of young Malaysian fans, realme is introducing the realme Watch S Master Edition in a collaboration with famous Korean pop cultural artist, Grafflex. 



Apart from that, realme Malaysia is proud to be bringing home and lifestyle devices like realme Motion Activated Night Light  with modern and trendy design as well as realme Alkaline Batteries made from mercury-free environmentally-friendly materials.



The official launch of realme AIOT Grand Launch Season 3 will be live-streamed via realme's Facebook page on 30th April 2021, 12pm. Stay tuned!

12.4.21

Berbuka Puasa dengan Lauk Pauk Kampung Air Tangan Chef Ismail di Restoran Rebung

Monday, April 12, 2021 0
Berbuka Puasa dengan Lauk Pauk Kampung Air Tangan Chef Ismail di Restoran Rebung

Assalammualaikum.. dok fikir menu untuk berbuka ke tu? Kekadang bila hari-hari masak pun sampai kita dh x de idea nak masak apa. Sesekali jom la kita berbuka dekat Restoran Rebung Chef Ismail. Penggemar makanan kampung wajib cuba tau makan kat sini.


Untuk Bulan Ramadhan ni, Restoran Rebung manawarkan Buffet Ramadhan dengan pelbagai seleksi makanan yang sedap-sedap. Kalau x silap ada lebih dari 90 jenis makanan kat sini. Pilih je mana yang kita suka tapi jangan sampai membazir ye.


Melangkah masuk ke dalam Restoran, kita akan nampak susun atur dan barang2 klasik seperti mangkuk tingkat, tudung saji sulam, talam bercorak macam kenduri dulu-dulu dan tudung saji anyam mengkuang. Pendek kata, Dato' Chef Ismail ni masih mengekalkan nilai-nilai kemelayuan dalam suasana dan menu-menunya.


Ruang Makan kat sini mampu menampung kapasiti sebanyak 300 orang pada satu masa mengikut S.O.P Blue Room berkapasiti 12 hingga 15 orang, Red Room berkapasiti 50-60 orang, Green Room berkapasiti 60 hingga 70orang, Stage Area berkapasiti 80 hingga 90 Orang, Yellow Room berkapasiti 25 orang manakala Anjung boleh menampung 40 hingga 50 orang.


Menu-menu kat sini semua sedap-sedap. Paling menjadi kegemaran Eyza ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Patin Masak Tempoyak. Memang sedap sangat. 



















Selain itu, bermula 1 Mac 2021, Restoran Rebung telah memperkenalkan :Ready-2-Eat-Series" iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di aplikasi Shopee.


Harga Buffet Ramadan 2021

Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett (umur 5-11 tahun)