April 2021 - Blog Eyzamiel

12.4.21

Pelbagai jenis Kurma di jual di Berkat Madinah

Monday, April 12, 2021 0
Pelbagai jenis Kurma di jual di Berkat Madinah
Assalammualaikum..

Sekejap je rasa esok dah Puasa. Dah beli stok Kurma ke untuk Bulan Ramadan ni? Eyza kalau sebut je nak beli Kurma mesti akan pergi ke Kedai Makanan Arab Berkat Madinah yang terletak dekat Taman Putra Sulaiman, Ampang.

Kat kedai ni bukan setakat jual Kurma tapi jugak makanan Arab yang lain. 


Berkat Madinah Ampang ni antara yang besar jugak sebab ada cafe sekali. Dah penat shopping kat sini, boleh singgah makan kat kafe sebelah tu je. Ada macam-macam yang dijual dalam Berkat Madinah ni. Jom kita tengok apa yang menarik dalam ni.

Aneka Roti



Masuk je dari pintu masuk tu kita akan nampak Aneka jenis Roti. Dah la roti kat sini Freshly Made, so mmg antara yang wajib beli kalau dtg sini. Memang kalau dia baru letak panas-panas ramai yang borong roti.

Manisan Dan Kudap-kudapan Arab



Untuk penggemar manisan Arab, korang boleh dapatkan pelbagai jenis kat sini. Eyza pun sempat la beli Baklava kat sini. Dah tak perlu pergi kedai makan Arab lagi dah. 



Selain manisan Arab, Ada juga Nougat dengan pelbagai perisa. Dah la kaler dia menarik. Rasa sayang nak makan.

Pelbagai Jenis Madu



Dekat sini ada pelbagai jenis madu. Pekat betul madu kat sini. Harga pun berbeza-beza. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada jugak madu untuk pasangan yang dah kahwin saja. Hihihi. 



Kalau nak beli madu yang dalam jar pun ada. Harga murah jugak Eyza tengok. Ikut bajet dan kegemaran kita nak pilih yang mana.

Barang-barang Masakan



Untuk penggemar masakan Arab macam Nasi Mandi atau Khabsah, kat sini jugak ada jual pelbagai jenis rempah Arab. Dah senang dah nak masak masakan Arab kat rumah. Ye la, kalau makan kat Restoran harga boleh tahan jugak. Baik la kita beli rempah dan buat sendiri.





Habbatussada


Makanan Sunnah pun ada di jual kat sini macam Habbatussauda. Ada jenis kapsul dan cecair. Selain tu sape yang cari Pati Delima, Pati Kurma Olive Oil pun boleh datang sini sebab semua tu ada dijual kat sini.

Pelbagai jenis Kurma


Setiap kali Ramadan, Kurma la antara makanan utama yang orang akan cari kan?

Dekat sini ada pelbagai jenis kurma yang kita boleh cuba. Yg timbang ada, dalam kotak pun ada.



Antara kurma yang selalu jadi pilihan kat sini ialah Madjool Saudi, Ajwa Madinah, Ajwa Long, Ajwa Madinah, Safawi, Mariamo dan banyak lagi la. Jadi rambang mata dan tak tau nak pilih yang mana kalau datang kat sini. 



Dekat sini jugak, korang boleh beli kurma secara runcit dan borong. Kalau nak jimat beli ke 1 karton. Dalam 1 karton ada 5 kg. Kalau bercadang nak sedekah sempena Ramadan better beli yg karton terus. Kalau beli lebih dari 3 karton, ada diskaun lagi. Memang berbaloi la.

Kat sini juga ada jual Kurma Fresh. Tapi masa Eyza pergi Kurma Fresh dah habis. Betul2 jadi rebutan.



Kalau tak nak jenis timbang dan karton, boleh jugak beli jenis kotak atau pek sbb ada je dijual kat sini.Pati Kurma pun ada kat sini. Sebut je nak Kurma jenis apa, InsyaAllah ada.





So, lepas ni kalau nak beli kurma eyz memang datang kat sini je. Kedai pun selesa nak pilih. 

Maklumat lanjut boleh tengok kat sini:

BERKAT MADINAH
17&18-L1, 
Jalan Ampang Putra 6,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor

Instagram : Berkat Madinah

6.4.21

PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI?

Tuesday, April 06, 2021 0
PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI?
Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.

Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.


Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

 


Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.


Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.


“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.


“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.


Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.


“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.


Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah. 


Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’.

 


Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.


Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.


Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina. 


Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.


1.4.21

Best ke menginap di First World Hotel Genting Highlands?

Thursday, April 01, 2021 0
Best ke menginap di First World Hotel Genting Highlands?
Assalammualaikum.

Alhamdulillah sekarang kita dah boleh rentas daerah walaupun rentas negeri masih tak boleh. Agak-agak bila lah dapat rentas negeri ni kan? Eyza dah tahap boring asyik dok berlegar-legar dalam Lembah Kelang je ni. Hihihi.

Sejak dua menjak ni pulak asyik rindu kenangan kat Korea je. Sejuknya cuaca kat sana masa tu. Nak pergi sana lambat lagi la jawabnya sebab kita pun tak tahu bila Pandemik Covid-19 ni akan berakhir. Mampu throwback gambar-gambar kat Korea je la buat masa ni. Harap- harap dunia akan kembali pulih macam dulu.


Nanti kalau dah reda dan boleh merentas negeri, first Eyza nak pergi Staycation dekat Genting Highlands. Kenapa Genting Highlands? Sebab Genting Highlands cuma 45 minit je dari Rumah Eyza di KL. Lagipun Genting Highlands adalah salah satu tempat percutian sejuk yang popular kat Malaysia ni. Tambah-tambah pulak sekarang ni Musim panas. Memang sesuai la kita pergi Genting Highlands ni.

Tanah Tinggi Genting dikenali sebagai salah satu stesen Bukit Malaysia yang terkenal selain Cameron Highlands. Salah satu sebab juga kenapa Eyza nak datang sini adalah sebab Eyza sukakan kesejukan udara gunung yang ada dekat sini. 



Cara datang k Genting Highlands

Cara yang paling popular bila datang berkeluarga ialah dengan bawak kereta sendiri. Tapi, kalau malas nak memandu boleh juga naik bas ke Genting Highlands dari TBS atau di LRT Taman Melati kalau tak silap. Macam Eyza hari tu, Eyza naik bas dekat TBS je senang. Terus je sampai ke Genting Highlands Premium Outlet. Nak shopping pun senang. Tambang pun murah je.


Kalau nak naik Cable Car pun dekat sini jugak. Boleh parking dekat sini dengan kadar bayaran RM 3 (weekdays), RM 4 (weekend) dan max RM 18 sehari.

Sebelum sampai ke Puncak Genting, kita akan jumpa Strawberry Farm dulu. Boleh la kalau nak merasa pengalaman petik strawberry kat sini.Selain tu ada juga Ladang Lebah dan juga Taman Rama-rama.

Genting Highlands Premium Outlet


Satu lagi sebab Eyza nak pergi Genting Highlands adalah sebab Eyza nak shopping! Dah lama mengidam nak shopping kat sini. Apa yang bestnya kat sini bila kita dapat shopping barangan berjenama dengan potongan harga dan lebih murah dari mall. Bestnya la hai. Mesti akan jadi rambang mata bila sampai sini nanti.



Skytropolis

Dulu Eyza pergi Genting semata-mata nak main permainan dekat Skytropolis ni je. Tempat  ni buat kita tak dapat beza siang atau malam sebab lampu LED terang benderang kat dalam ni. Ni kiranya Taman Tema dalam bangunan yang paling besar kat Malaysia rasanya. Ada lebih dari 20 jenis permainan dekat sini. 




Masuk sini nak main boleh, nak tengok saja pun boleh. Kalau nak main kena beli tiket dan akan dapat gelang untuk akses nanti. Skytroplis ni terletak dekat Puncak Genting iaitu di Sky Avenue.

Makan Lobster



Bestnya kalau dapat makan Lobster dekat Restoran Bunga & Lobster dan ianya merupakan restoran yang akan jadi pilihan penggemar Lobster untuk datang dan makan dekat sini. Tapi kena sabar sikit la sebab beratur panjang sebab viral dekat media sosial.

First World Hotel


Dan yang paling Eyza teringin sangat ialah nak menginap dekat First World Hotel sebab Hotel ni antara yang paling dekat dengan theme park. First World Hotel ni pulak banyak je promosi, sebab tu la hotel ni akan selalu penuh dan jadi pilihan kalau sesiapa ke sana.


Hotel ni jugak pernah pegang rekod Dunia Guinness sebanyak 2 kali. Hotel First World merupakan hotel terbesar dengan 7351 bilik. Hotel ni menang rekod dunia tahun 2006 dengan jumlah bilik 6118 dan pada tahun 2015, Hotel ni dapat gelaran tu sekali lagi selepas Tower 3 di bina.

Kalau nak selesa, boleh pilih untuk menginap di Bilik Wi-Fi, Triple atau World Club. Sebab tu la kalau ada duit lebih, Eyza memang nak spend untuk menginap dekat Bilik Paling Best dekat sini. Berbaloi rasanya.

Dari apa yang Eyza baca, untuk parking dekat sini, kita akan kena cas RM 18 sehari. Lebih baik dan selamat kalau kita parking berbayar.Waktu Check in pulak 3.00 Petang dan Check Out 11 Pagi.

Check in pun mudah je sebab kita boleh check in dekat Kiosk yang disediakan. Kalau check in dekat kaunter ada cas RM 14. So, baik kita check in sendiri je.

Sekarang ni memang berharap sangat dapat rentas negeri supaya dapat pergi bercuti dekat sini. Dah tak sabar rasanya nak rileks-rileks dekat tempat sejuk dengan family. Sesekali dapat bercuti dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur buat kita rasa nikmatnya.