Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan - Blog Eyzamiel

31.12.21

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak Yang Susah Makan

Assalammualaikum.

Eyza pernah susah hati sebab Anggun ni susah nak makan. Allah, sebelum ni nak bagi makan macam nak pergi berperang. Kena lari untuk kejar dia makan. Dapat bagi makan sesuap dua pun Eyza dah bersyukur sangat. 

Eyza ni dah la tak ada pengalaman. Risau sangat bila anak tak nak makan ni takut dia kekurangan zat ke apa nanti. Sebab kurang pengalaman, Eyza pun tanya kawan-kawan macam mana nak buat bagi anak makan. Tak banyak pun tak apa, janji dia makan sampai kenyang. 

Ramai kawan-kawan yang suggest ambil Bonnisan Himalaya. Eyza pun google dan terjumpa banyak juga testimoni yang positif pasal produk ni.


Rupanya Bonnisan Himalaya ni dapat meningkatkan selera makan, menggalakkan penambahan berat badan dan pertumbuhan yang sihat.

Kebaikan Bonnisan Himalaya

  1. Perangsang selera makan yang berkesan.
  2. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
  3. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
  4. Membantu penambahan berat badan.
  5. Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
  6. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.

Bonnisan Himalaya ni selamat, ada kelulusan KKM dan 100% Halal.


Cara nak minum:

Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh 
Anak umur 2 tahun :  2 - 3 sudu teh 
(untuk 3-4 kali sehari selepas makan)

*Goncang dulu sebelum minum
*simpan di tempat kering 
*tak perlu letak dalam peti sejuk (simpan pada suhu bilik)


Produk Himalaya memang bagus sangat. Sebelum ni, Eyza pernah makan supplement untuk wanita jenama Himalaya ni. Berkesan sangat sebab period jadi lancar. Sebab tu Eyza tak was-was untuk guna Bonnisan untuk Anggun.

Bonnisan ni berbentuk cecair dan berperisa macam mint gitu. Bagi Anggun yang agak susah nak makan ubat, Eyza campurkan dengan air putih dan bagi pada Anggun. Mula-mula muka dia pelik, tapi lepas tu dia suka pulak. Maybe sebab dia rasa berangin kut dalam mulut.


Sebelum ni Anggun susah nak makan dan bila membuang najis dia keras. Bila try Bonnisan ni Alhamdulillah dua2 masalah ni selesai. Sampai kadang-kadang kita yang risau tengok dia makan tak berhenti. Hahaha. Mak-mak kan macam tu. Anak tak nak makan risau, makan banyak pun risau takut muntah.


Himalaya Bonnisan ni boleh dibeli di website Himalaya ataupun farmasi terdekat. Eyza suka pergi terus je ke kedai Himalaya. 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni:

No comments:

Post a Comment