22.6.22
24.4.22
“Single baru Izmir Fareez yang berjudul
'Maaf' menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan
akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf
kepada isteri.”
Demi meneruskan langkah dalam industri
muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru
berjudul 'Maaf' hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir
Fareez sendiri sebagai penulis lirik.
Menurut Izmir Fareez, pengarah muzik dan
penerbit untuk lagu 'Maaf' ini adalah Along Exists dan pembantu penerbit,
Imtiaz dari kumpulan Simfoni.
Menurut Izmir Fareez lagi, pada asal lagu
'Maaf' ini dicipta pada tahun 2020, ianya bukanlah berkisarkan tentang
kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang.
Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu
berbunyi 'jiwang 90an' ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti
kematian kerana lagu yang berbunyi 'jiwang 90an' ini kebanyakannya akan
dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik
kematian kepada percintaan.
Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang
percintaan telah siap digubah oleh Izmir Fareez tetapi disebabkan saat dan
ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke
studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal. Sehinggalah kerajaan mengumumkan
pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik
dan vokal lagu 'Maaf' ini pada tahun 2021.
'Maaf' adalah sebuah lagu yang mengisahkan
perceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama 3
tahun. Setelah hidup berumahtangga yang mereka bina, hanya isteri seorang
sahaja yang menunjukkan rasa cinta dan kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu
dan lelah, tetapi suami semakin lama hidup berumahtangga semakin pudar cinta
dalam hatinya terhadap isteri. Sehinggalah isteri jatuh sakit dan meninggal
dunia, maka suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan pelakuan dan layanan
yang diberikan kepada isteri ketika hidupnya dan tiada lagi cinta dan kasih
sayang setelah isteri meninggalkan suami buat selama-lamanya. Penyesalan yang
dirasai oleh suami tidak dapat mengubah apa-apa kerana isteri tidak akan
kembali kepada suami buat selama lamanya. Hanya mengharapkan agar isteri
mengampunkan dosa suami di akhirat nanti.
Penggambaran video muzik lagu 'Maaf' yang
diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor
Setar dan Sungai Petani Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh
Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu 'Maaf'.
Pelakon utama di dalam video muzik ini
adalah Arie Laso dan Aleya Trisya yang kedua-duanya juga merupakan model
pakaian lelaki dan perempuan.
'Pada asalnya memang kita hendak membuat
penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan
pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat
keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah', ujar Izmir
Fareez.
Ditanya mengenai harapan Izmir Fareez
terhadap lagu ini, beliau menjawab, 'Saya berharap agar lagu ini dapat diterima
oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang
kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita.'
Muzik video lagu 'Maaf' ini boleh ditonton
di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital
seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau boleh juga menerusi
permintaan lagu di stesen-stesen radio di tanah air.
Sebarang maklumat lanjut atau undangan
persembahan boleh berhubung terus dengan Imtiaz di talian 017-2558834.
1.4.22
"Orang yang berbuka puasa mempunyai dua kebahagiaan yang boleh ia rasakan; kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya kerana puasa yang dilakukannya." (HR. Bukhari dan Muslim).
Hadis ini telah memberi inspirasi kepada kita semua untuk bersama-sama meraikan kebahagiaan di bulan yang penuh keberkatan ini semasa berbuka puasa.
Restoran Rebung merupakan perniagaan bersama di antara Selebriti Chef Malaysia, Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Istimewanya di Restoran Rebung, setiap resepi masakan telah diilhamkan sendiri oleh Chef Ismail iaitu salah seorang pemilik Restoran Rebung ini.
Selain diuji dengan wabak covid, kita juga diuji dengan kenaikan harga barang semasa. Tetapi, di Restoran Rebung tetap menitikberatkan harga untuk pakej yang berbaloi kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan Restoran Rebung. Pakej berbuka puasa di Restoran Rebung berkonsepkan buffet Ramadhan, harga buffet seperti di bawah :
KATEGORI |
HARGA |
Dewasa |
RM88.00
nett |
Kanak-kanak
(5-11tahun) |
RM58.00
nett |
Dengan harga tersebut, Tuan/Puan disajikan dengan lebih daripada 100 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Kebanyakan Hidangan Makanan kami berunsurkan masakan tradisional masyarakat Melayu. Di restoran Rebung, selain hidangan makanan berkonsepkan masyarakat Melayu, teratak Rebung juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli, baik dari segi hiasan dalaman dan luaran, hiasan gambar dan juga tanaman yang segar.
Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antara hidangan sentuhan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya. Kami juga mengekalkan hidangan wajib seperti, Masak lemak Rebung dan perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin, dan sebagainya.
Sempena Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kami menyajikan juadah istimewa Ramadhan iaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti, air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi. Hidangan makanan dan minuman istimewa Ramadhan ini disajikan khas pada bulan Ramadhan agar terasa seperti membeli di bazar Ramadhan. Bezanya, di sini Tuan/Puan boleh menjamu selera tanpa perlu ke bazar. Semuanya ada di bawah satu bumbung Restoran Rebung Chef Ismail.
Untuk menceriakan lagi suasana seperti bazar
Ramadhan, terdapat beberapa “Action
Stall” disediakan. Gerai-gerai ini akan menjalankan pembuatan dan penyediaan
makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas
ke atas pinggan hidangan Tuan/Puan. Antara makanan yang disediakan secara
langsung adalah, menebar Murtabak, membuat Roti Jala, menguli Onde-onde,
memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi.
PERSEMBAHAN MENARIK DI BULAN RAMADHAN
Sepanjang operasi Restoran Rebung di bulan Ramadhan,
selain disajikan dengan makanan yang sedap dan harga yang berbaloi, Tuan/Puan
juga akan disajikan dengan persembahan Ghazal yang dibawakan khas untuk semua
pelanggan yang menjamu selera di Restoran Rebung. Ghazal merupakan satu
kesenian tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular terutamanya di
Negeri Johor. Persembahan irama Ghazal ini akan
dipersembahkan oleh Kumpulan Orkes Melayu Rojer.
BUNGKUS DAN BAWA PULANG
Sepanjang bulan Ramadhan, sekiranya Tuan/Puan ingin
membeli juadah berbuka puasa tetapi tidak dapat berbuka puasa di premis, dan ingin
menjamu selera bersama keluarga di rumah, jangan risau. Ini kerana, Restoran
Rebung Chef Ismail sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk setiap
permasalahan tersebut. Jadi, Restoran Rebung telah menyediakan perkhidmatan
“PICK & PAY”. Tuan/Puan hanya perlu datang ke Restoran Rebung, memesan
juadah pilihan, membayar harga juadah yang dipesan dan terus boleh dibawa
pulang ke rumah masing-masing. Masa yang ditetapkan untuk perkhidmatan “PICK
& PAY” ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.
PRODUK EKSLUSIF RESTORAN REBUNG
Selain menjamu selera, Tuan/Puan juga boleh mendapatkan
beberapa produk ekslusif dari Restoran Rebung Chef Ismail. Di sini, terdapat beberapa
produk keluaran Restoran Rebung sendiri seperti, Acar Buah resepi asli daripada
Chef Ismail yang berharga RM20.00 sahaja untuk sebotol yang mengandungi berat
bersih sebanyak 350gram. Selain itu, Restoran Rebung juga menjual dan menerima
tempahan untuk beberapa produk Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri
yang bakal tiba. Di sini beberapa maklumat sekiranya Tuan/Puan ingin membuat
tempahan produk Hari Raya dan tempahan ini perlulah beserta deposit terlebih
dahulu sebanyak 50% ;
JENIS
PRODUK RAYA RESTORAN
REBUNG CHEF ISMAIL |
HARGA |
Rendang Daging 500g (Frozen) |
RM40.00 |
Rendang Ayam 500g (Frozen) |
RM40.00 |
Kuah Kacang 1KG (Frozen) |
RM38.00 |
Sambal Daging 500g (Frozen) |
RM35.00 |
Serunding Kelapa 1KG |
RM38.00 |
Sambal Ikan Bilis 500g |
RM30.00 |
Dodol 500g |
RM28.00 |
Wajik 500g |
RM28.00 |
Nasi Impit (Bantal) |
RM10.00 |
Sate Ayam Set (Mentah) |
RM1.50/PCS |
Lemang |
RM20.00 |
Ketupat Palas |
RM1.50/PCS |
Acar Buah 350g |
RM20.00 |
Biskut Raya Premium Restoran Rebung
(Almond ,Suji,Cornflakes) |
3 Bekas Hanya RM100 |
Tarikh
Tempahan : Bermula sekarang sehingga 29 April 2022
Tarikh
Mengambil Tempahan Siap : 30 April 2022 – 1 Mei 2022 (*Tuan/Puan perlu
mengambil sendiri tempahan yang sudah
siap di premis Restoran Rebung Chef Ismail yang bertempat di 5-2, Aras
5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana,
50480 Kuala Lumpur)
Untuk
Membuat Tempahan : 03-2276 3535/2525 (Telefon), 011-2790 6993 (Whatsapp)
TARAWIH RAMADHAN ALMUBARAK
Dalam bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia akan menunaikan solat
tarawih dan menghidupkan rumah-rumah Allah dalam usaha mendapatkan gandaan
pahala yang diberikan kepada mereka yang beriman. Tidak terkecuali juga di
Restoran Rebung, kami menyediakan surau untuk memudahkan Tuan/Puan menunaikan
solat tarawih. Solat tarawih ini juga akan diimamkan oleh seorang pekerja
Restoran Rebung sendiri di surau lelaki pada setiap malam di sepanjang bulan
Ramadhan ini.
RAMADHAN NORMA BAHARU
Walaupun telah diumumkan wabak covid-19 sebagai kategori Endemik, Restoran Rebung Chef Ismail tetap menyediakan sarung tangan jenis pakai
buang untuk Tuan/Puan semasa proses mengambil makanan. Ini merupakan langkah
berjaga-jaga untuk keselamatan kita semua di sepanjang masa. Selain itu,
pemakaian mask muka tetap diwajibkan dan Tuan/Puan perlu mengimbas aplikasi
MySejahtera seperti biasa sebelum memasuki premis. Ini merupakan peraturan yang
masih kekal seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
SPECIAL MENU OF THE DAY
Istimewanya, akan kami bawakan khas kepada semua
pelanggan nanti, pada setiap hari khamis dan jumaat, terdapat “SPECIAL MENU OF
THE DAY”. Berbeza dari hari-hari lain, Tuan/Puan akan menikmati menu istimewa
ini pada hari pilihan setiap khamis dan jumaat. Menu hidangan istimewa ini akan
kami umumkan di Laman Facebook Rasmi Restoran
Rebung Chef Ismail pada setiap malam sebelum hari tersebut.
SAMBUTAN HARI RAYA DI REBUNG
Hari raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat
islam yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan menahan lapar dan dahaga.
Warga rebung juga akan bercuti selama seminggu untuk pulang berhari raya ke
kampung halaman masing-masing. Setelah seminggu berhari raya, tiba masanya kita
akan menyambung berhari raya di Restoran Rebung.
Apabila Restoran Rebung mula beroperasi kembali,
kebiasaannya Restoran Rebung akan menerima banyak tempahan untuk Majlis Hari
Raya dan Majlis Rumah Terbuka. Restoran Rebung juga ada menyediakan
perkhidmatan katering sekiranya Tuan/Puan ingin mengadakan Rumah Terbuka di
halaman rumah sendiri. Di musim
perayaan, Restoran Rebung akan menyediakan beberapa hidangan berupa juadah hari
raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang, Wajik, Lontong, Aneka kuih raya
dan sebagainya di dalam senarai buffet kami.
TEMPAHAN
Bermula hari ini,
Restoran Rebung telah membuka tempahan berbuka puasa untuk Pakej Buffet
Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail, Buffet Ramadhan ini akan berlangsung
sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 3 April 2022 sehingga 1 Mei 2022
bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah sehingga 29 Ramadhan 1443 Hijrah.
Tuan/Puan sangat
digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke Restoran
Rebung. Selain Pakej Buffet Ramadhan, Restoran Rebung juga menyediakan pelbagai
tempahan untuk kepelbagaian Majlis keramaian lain seperti, Majlis Pertunangan,
Majlis Perkahwinan, Majlis Perpisahan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya.Berikut
merupakan sedikit maklumat sekiranya Tuan/Puan ingin membuat tempahan untuk sebarang
Majlis di Restoran Rebung. Jika untuk khidmat Katering, Tuan/Puan boleh
menghubungi salah seorang wakil kami di nombor yang tertera seperti di bawah :
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480
Kuala Lumpur
Nombor
Telefon Restoran : +603-2276 3535 /
+603-2276 2525
Khidmat
Katering : Muhd Hafis (+017-778
7895),
Nurul Jannah Jaapar
(+6011-33201245)
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook : Restoran
Rebung Chef Ismail
Asam Pedas si ikan Kembung,
Buah melaka berperisa pandan,
Selamat menjamu selera di Restoran Rebung,
Buatlah tempahan untuk buffet Ramadhan.