CARINA Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi keluarga - Blog Eyzamiel

7.1.23

CARINA Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi keluarga


Buka je kotak, terus happy. Kotak keriangan kita dah sampai. Yang lebih happy sebab ianya kaler Purple. My Favourite Colour.

Benda-benda macam Tisu Dapur, Tisu Muka, Kapas Muka, Putik Kapas adalah antara benda wajib yg kena ada stok kat rumah. Antara banyak-banyak jenama, Eyza paling suka jenama carina.


Carina ni ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan pengeluar tisu pertama di Malaysia. Tisu Carina ini dihasilkan dengan menggunakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli dimana ia dapat memberikan keselesaan kepada semua pengguna. Maknanya jenama carina ni antara jenama tertua dan paling dipercayai.

Carina juga merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, lembut pada kulit, tahan lasak serta mesra alam kerana mudah larut dalam air dan melindungi alam sekitar kita. Anggun memang kulit sensitif dan tak boleh guna wet tisu sembarangan. Alhamdulillah dia serasi dengan jenama carina ni.

Di tahun baharu 2023, Carina ingin menggalakkan rakyat Malaysia tentang kesedaran mengenai kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan pencemaran dengan tema "We Care, We Love". 

Bertemakan kempen Carina "We Care We Love", Carina dapat:-

  • Memberi kesedaran betapa pentingnya kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  • Memelihara dan menjaga kulit dengan menggunakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran 
Yang bestnya, kempen ni ada contest yang boleh korang sertai dengan hanya membeli produk Carina dan  berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Nanti Eyza terangkan pasal contest ni. Jom kita tengok rangkaian produk carina ni dulu.

4 siri utama jenama carina  ialah:


Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) - SIRI TISU KERING

  • CARINA Handkerchief Tissue
  • CARINA Wallet Tissue
  • CARINA Box Tissue
Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif. Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz dan pembungkusan, menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur. 

Eyza memang suka sebab senang letak je dalam handbag dan boleh bawa ke mana-mana.


Penjagaan Kesihatan (Health Care) - SIRI TISU BASAH

  • CARINA Wet Wipes
  • CARINA Antibacterial Wipes
Siri Tisu Basah pulak mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Mengandungi ekstrak Aloe vera dan Vitamin E di mana dapat melembutkan kulit. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. 


Eyza selalu guna untuk tanggalkan mekap. Tak tau kenapa tapi Eyza memang suka. Rasa bersih je muka bila lap dengan Wet Tissue carina ni.

SIRI PRODUK KAPAS


Manakala siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

Kapas muka pun antara benda wajib ada kat rumah untuk Eyza cuci mekap atau pakai toner. Siri Kapas carina ni memang best sebab ianya tak kasar dan lembut je.

Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 


Carina juga mempunya Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. Tisu Carina terkenal kerana tahan lasak serta mesra alam kerana mudah larut dalam air.

Peralatan Dapur (Kitchenware)

Siri Tisu Dapur Carina antara siri tisu kering yang sesuai digunakan dipermukaan dapur dan peralatan dapur. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Eyza dah la suka memasak. Lepas masak akan murung kalau nampak percikan minyak ke, cili ke kat dinding. Nasib baik Tisu Dapur carina ada. Senang nak sental.




Carina Gift Box


Carina memperkenalkan Carina Gift Box, di mana di dalamnya mengandungi :

  • CARINA Facial Cotton 160's
  • CARINA Box Tissue 90's
  • CARINA Handkerchief Tissue
  • CARINA Cotton Buds 400 tips
  • CARINA Wallet Tissue
  • CARINA Antibacterial Wipes 70's
  • CARINA Cotton Bud 480's
  • CARINA Wet Wipes 30's
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG
Bersempena dengan kempen #WeCareWeLove, Carina telah memperkenalkan Carina Gift Box yang didatangkan dalam pek esklusif. Ianya lebih jimat dan berbaloi. Sesuai dibeli untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada orang tersayang. Ditawarkan pada harga RM29.90 sahaja (harga asal RM35)

Korang boleh dapatkan Carina Gift Box di:

  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka
  • Platform membeli atas talian

LIMITED EDITION We Love We Care Bag


Istimewa untuk pembelian RM40 dan ke atas, dapatkan Carina Limited Edition We Love We Care Bag secara percuma.




Carina Review & Win


Ha.. Mai Eyza cerita macam mana nak masuk pertandingan CARINA Review & Win. Seramai 100 orang pemenang akan dipilih setiap bulan untuk memenangi bekalan rumah yang bernilai RM150 untuk setiap pemenang. Cara nak sertai senang je.

  • Muat naik foto / video dengan menceritakan pengalaman anda menggunakan mana-mana produk siri CARINA di Facebook, Instagram atau Tiktok.
  • Jangan lupa tag @CARINA rasmi di Facebook, Instagram atau Tiktok.
  • Sertakan hashtags #MYCarina #WeCareWeLove
  • Pastikan post anda disetkan kepada umum.

Pertandingan CARINA Review & Win berlangsung dari sekarang sehingga 30 April 2023. 300 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi 3 bulan bekalan rumah Carina yang bernilai RM150. Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook Carina bermula dari Februari 2023! Hadiah tidak boleh ditukar atau dipindah milik apatah lagi nak tebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak mengubah suai terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.


Pastikan anda simpan resit pembelian kerana jika anda terpilih sebagai salah seorang pemenang, anda wajib menunjukkan resit untuk menuntut hadiah. Anda boleh tag berapa banyak pun penyertaan tetapi setiap pemenang boleh tuntut hadiah sekali sahaja. Nama dan resit pembelian yang sama tidak dibenarkan. Resit pembelian hanya sah dari tarikh 1 Januari 2023 - 31 April 2023 sahaja.



Kebanyakan produk Carina boleh didapatkan di kebanyakan pasaraya ataupun belian secara online.

Shopee     : https://shopee.com.my/carina.os

Lazada     : https://www.lazada.com.my/shop/wangzheng-care/

TopzMall : https://topzmall.com/store/789



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Carina melalui email wangzhengcarina@gmail.com atau follow media sosial Carina.

Facebook : https://www.facebook.com/carina.loveandcare

Instagram : https://www.instagram.com/carina.malaysia/

Tiktok       : https://www.tiktok.com/@carinamalaysia


#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature


No comments:

Post a Comment